Berbekalkan Adobe Photoshop 7.0 (aku punye) dan kak han Adobe Photoshop CS, kami belajar bersama2 bagaimana nak buat banner untuk blog. dan hasilnya seperti banner blog aku (nun di atas tuu). Banner blog kak Han boleh tengok kat blog dia. Sangat superb bagi murid yang baru belajar macam kami ni. Sepanjang hari belajar disebabkan tiada kelas dan ramai pensyarah yang bercuti. Yang tinggal kat bilik pensyarah ni hanya Aku, Kak Han, Ust Shawal, Aisyah dan Aimi. Sangat-sangat superb B.O.R.I.N.G. Mungkin nanti aku akan cuba buat post khusus untuk kita sama2 belajar buat banner blog dalam adobe photoshop. Kalau dah pandai nanti boleh amik tempahan. Ala kira cincai je Rm10 - RM20 ok la kan. Dapat tampung duit kopi..hehe..Kalau nak pandai tak kira la dalam apa jua perkara, kita kena banyak explore. MS Words yang simple tu kalau tak explore tak pandai gak kan? So sebelum berguru, baik kita explore sendiri sesuatu software dulu supaya kita mahir dengannya.
Catatan
Tunjukkan catatan dari 2010
PRODUCTS TESTED ON ANIMAL
from my previous post about "who i am" i already told you that i am an animal lover. and today i'm very shock that some of my product is being tested on animal. it seems every major beauty company does test on animal. i added a list of product which do and do not test on animal. left are the product do test and the right do not test on animal. the blue colour are the product which i'm using now it is before i know that it's been testing on animal. fair because 3 do test on animal and 3 do not test on animal. so after this i'll avoid myself from using the left products. click the pic to enlarge FYI million of animal each year are injected with or forced to inhale or ingest cosmetics. those animal live in fear and loneliness every minute of their lives. practices such as squirting products into their eyes, pumping it into their body, or forcing them to inhale sprays are some of horrible things this animal have to go through. they actually do not have to test on
BUKIT TINGGI RESORT DAN AVILLION PD
27 hb Nov kami bercadang ke bukit tinggi. percutian ni secara on the spot. kami rancang nak tidur sana tapi tak booking lagi (satu kesalahan semasa bercuti). baju dah pun kami bawa bersama dengan harapan dapat tidur sana dengan suasana sejuk waktu malam..ermm mesti nyaman kan..?duit?sejumlah amaun yang sangat sedikit kerana kami fikir atas sana ada atm machine. tempat high class kan, mesti ada atm...(satu kesalahan lagi). tiket masuk berharga RM 12/ head untuk dewasa. kanak2 aku tak sure. huh..nasib baik masih cukup lagi duit dalam wallet ni. alhamdulillah. hubby meringankan mulut bertanya pada ticket girl " dik, kat sini ada atm machine tak?" girl tu:" takde la bang. kena pakai kredit card je. kami...?takkan nak turun balik semata2 keluarkan duit..no2..nampaknya harapan nak tidur sini menikmati suasana sejuk tak kesampaian la..hampa je..walaupun hampa, kami masih lagi menikmati permandangan indah di bukit tinggi. macam over the sea la.. Japanese Tea House Colmar Tropica
SIMPANAN KHUSUS UNTUK BERCUTI
post ni khas untuk pembaca yang suka pergi bercuti (macam aku ni) tapi kewangan tak mencukupi... walau banyak mana pun gaji yang kita perolehi, tapi kalau kita tak menyimpan dengan betul, susah kita nak berpeluang pergi bercuti. sebab bercuti ni adakalanya perlu dirancang dan adakalanya on the spot terus pergi. tapi kalau on the spot tu banyak la aral yang melintang. contohnya duit tak cukup, hotel / resort dah full house, tempat tu takde atm machine la dll... jadi untuk merealisasikan impian kita untuk pergi bercuti, perlulah ada satu akaun yang khusus bagi simpan percutian. ini aku cadangkan je. sebab aku pun buat mcm ni. akaun tu perlu atas dua nama. supaya kita dan dia akan masukkan sjumlah amaun dalam akaun tersebut setiap bulan. kalau nak ikutkan displin tu memang liat kan..jadi buat la future transfer dalam online banking supaya pada satu2 haribulan, akaun rasmi kita akan transfer secara automatik dalam akaun percutian kita sejumlah duit yang telah diperuntukkan. contohnya kalau
EXPLODING BOX FOR HIS BIRTHDAY
Alhamdulillah saya dan hubby telah pun menginjak ke umur 27 tahun. saya 19hb dan dia 21hb. 2 hari beza umur antara kami. 9 tahun kami bercinta dan banyak itu juga la hadiah yang dah beri pada saya dan dia. 9 hadiah yang berbeza. jadi tahun ni kami masing-masing buntu nak beli hadiah apa. hari tu jalan2 di MP kononnya nak beli hadiah masing2 la. kira datang sama2, tapi nanti berpecah untuk beli hadiah. tapi bila nak berpecah tu hati aku ni rasa macam sayu sangat nak lepaskan dia. tak sampai 1/2 minit aku patah balik cari dia. mata dah bergenang dgn air jernih. entah kenapa entah agaknya. aku rasa macam kena tinggal lak. last2, niat nak beli hadiah tergendala / tak jadi. bila lagi nak beli hadiah ni.. jalan punya jalan, kami ternampak kedai cenderamata. masuk dalam kedai tu belek barang. ada beberapa muzik box macam cerita korea tu, comel sgt. bentuk bulat lepas tu dalam dia ada kilat2 macam salji. comel2..rasa mcm nak beli lak. tapi tak beli pun. kami decide nak kongsi hadiah birthday
Tag dari atul (farinazhari.blogspot.com)
25 perkara yang anda perlu tahu tentang SAYA: 1. Saya seorang isteri kepada suami saya Baharudin. Saya sayang dia dengan sepenuh jiwa raga saya… 2. Saya anak bongsu daripada 7 adik beradik 3. Saya seorang anak yatim piatu 4. Saya telah kematian emak pada tahun 2003 5. Saya telah kematian bapa pada baru2 ni 6. Saya suka warna putih sebab putih itu suci 7. Saya bercinta selama 9 tahun dengan suami dan berakhir dengan pernikahan pada 26 Februari 2010. Semoga kasih kami tetap utuh..insyallah.. 8. Saya seorang yang tak banyak cakap tapi kalau nak lawan cakap insyallah saya menang 9. Saya seorang yang suka mengalah kecuali dengan ….. 10. Saya suka menyanyi dalam kereta terutamanya bila dengan dia tapi kalau karaoke macam hampeh gile.hehe 11. opss lupa nak bagi tahu, saya seorang pensyarah untuk sebuah kolej yang kecil2 sahaja. 12. Saya berhati batu walaupun tengok orangnya macam lembut je..(hubby tahu tentang ni) 13. Saya sayang g
ISTERIKAH AKU
tadi search internet tentang tanggungjawab seorang isteri...ada satu petikan tu mengatakan "Menjadi isteri memerlukan kelayakan yang cukup . Wanita yang berhati batu, tidak pandai memujuk suami , sering menuntut hak dan mengada-adakan masalah , tetapi gagal menunaikan tanggungjawab , tidak layak menjadi suri rumah, apalagi menjadi ibu kepada anak-anak yang bakal menyambung zuriat. " Sungguh dalam maksud petikan tuu... "Perlu diingat, kalangan lelaki ada juga yang hanya berfikir tentang haknya, tetapi lupakan tanggungjawab. Selalunya orang ini sombong atau besar diri, tidak sudi melihat keperluan pada pihak lain. Rumah tangga Islam perlu didirikan di atas hak dan tanggungjawab bersama, mengikut kaedah yang dinyatakan dalam al-Quran, iaitu isteri-isteri mempunyai hak yang sama, seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka. Dalam pada itu orang lelaki mempunyai satu darjah kelebihan, (al-Baqarah: 228). Satu darjah kelebihan yang dimaksudkan ialah menjadi ketua kelu
PENGGUNTING RAMBUTKU SAYANG
Sumber pic : pakcik google yang hensem kisah ini berlaku pada hari jumaat lepas. balik kerja aku dijemput oleh hubby. kami ke TF value Mart (ehh..terserempak dgn ju n viosnya baru keluar dari TF). kami ke sini pun nak beli barang dapur. banyak yang dah habis. disebabkan dah lewat petang, balik2 aku terus menunaikan tanggungjawab pd Yang Maha Esa. kemudian menunaikan tanggungjawab perut hubbyku yang perlu diisi, minum petang la apa lagi. petang tu aku buat simple2 je. nugget tempura favourite dia n air nes o panas..emm best..selesai minum dah hampir jam 7 malam. kami solat berjemaah dulu and then aku sambung masak untuk makan malam. ayam masak kicap je malam ni. walaupun simple, tapi dia kata kena dgn selera dia sebab aku letak cili api kasi berapi sikit....hehe dia dah plan hari ni nak potongkan rambut aku. masuk ni dah 2 kali dia jadi tukang gunting rambut tak bertauliah. sebenarnya ada gak cita2 dia nak jadi tukang gunting rambut. tapi yang kesampaian hanyalah mengguntingan rambut
3rd HONEYMOON AFTER 9 MONTH
selama 9 bulan berkahwin ni kami dah 3 kali honeymoon. bukan lah honeymoon sgt, cuma bercuti je la. lebih kurang la tuu. kali pertama di Tioman, kali kedua Genting dan baru2 ni di Cherating. tak plan sebenarnya nak tidur sana. plan untuk mandi laut je..tapi bila sampai sana tak tau nak parking mana. so g la counter pertanyaan tu konon2 buat2 tanya harga bilik sebab takut dia tak kasi letak kereta kan..tiba2 makcik (owner chalet tu) keluar tgk ada kereta depan pejabat dia. makcik: ada buat tempahan ke? (alamak mcm ne ni, kita tak nak sewa) bee: ktorng nak tanya, berapa sewa bilik kat sini cik? makcik: sini bilik ada kipas RM 80, aircond RM 100. kalau yang besar sikit RM 130. nak sewa yang mana? Ktorg: ermmmm (saling pandang memandang) apa nak ckp ni..bee: kalau sewa sekerat hari lak mcm ne makcik?(eleh tanya mcm nak sewa je) makcik: sekerat hari? nee: ala, kalau nak sewa takyah la sekerat hari. terus je la tidur sini.. bee: wah2..kata tadi nak tanya je... ni nak tidur sekali. baju tak b
DIA DI SISI KU
halloo... setelah selesai kerja2 yang patut dibuat (takwim n laporan u kualiti dah siap) dan dah dihantar pada tuan punya badan, aku memulakan kerja2 menghapdate blog. petang ni ada kelas ganti dengan Erwan (student OKU yang agak pandai tu). senang nak ajar dia ni. cakap sekali dia boleh ingat. kalau la student2 lain mcm ni gak, alangkah mudahnya nak mengajar. kemarin hubby cakap nak datang sini hari khamis (sehari je). walaupun sehari kira ok la dari tak jumpa. lagipun baru je 2 minggu tak jumpa. kira awal lagi la kan..memandangkan gaji bulan ni dah masuk, apa lagi..kena la jumpa.kan2? yang sedihnya last minute dia ada emergency call pagi2 khamis tu. so terpaksalah balik kerja lewat sikit. so apa jadi dengan plan kami ni?? tak jadi la nak jumpe. nak dekat tengahari kan..perjalanan dah 3 jam lebih. habis tu nak sampai sini pukul berapa? nak balik melaka lak pukul berapa??? bencinya. so aku pun faham la keadaannya. nampaknya terpaksa la melupakan hasrat nak berjumpa tu. lupakan je la su
FIKIRAN PERLU POSITIF
memandangkan kekurangan plus kemalasan aku mencari idea untuk meng update blog, aku melupakan tugas2 yang sepatutnya aku buat ni. apa yg perlu ditulis ye? ermm..kat sini ada beberapa ibu yang telah melahirkan baby2 comel. dan ada gak yang tengah sarat mengandung. tunggu hari je nak deliver. tahun 2010 antara tahun yang banyak baby2 baru dilahirkan. to the babies " Welcome to the World,cutie". ada juga yang baru pregnant. bila lak turn aku ek?hihihi..belum ada rezeki kot...Allah akan bagi yang terbaik untuk hambaNya kan? baby Farisha Nur Qaisara Bt Zaimi (anak kak teh). mata bulat n pipi tembam. eee...cubit kang.
RENTETAN PERISTIWA PEMERGIAN BABA KU...
Rabu, 6 Oktober 2010, jam 4 petang Aku sedang sibuk dengan kerja-kerja di ofis. menanda tugasan dan kuiz pelajar yang perlu disiapkan secepat mungkin untuk diberi markah. Telefon berbunyi. Aku lihat di skrin tertera nama Alang, kakak ku. Alang cakap baba sakit tenat di hospital. sepatutnya baba keluar hospital hari tu. tapi bila sorong baba turun lif, baba terlentok kat kerusi roda. baba lemah sangat. baba pengsan. alang dan along menyorong baba semula ke wad. kemudian doktor mengarahkan semua nurse-nurse cepat bertindak. suasana pada petang tu jadi kelam kabut. doktor cakap jantung baba bedenyut pelahan. doktor suruh panggil semua anak-anak dan saudara mara untuk melawat baba. pesakit dan pelawat semua melihat kejadian tu. memang masa tu ramai yang fikir baba dah takde harapan lagi. dengan segera alang menelefon semua adik beradik kami, termasuklah aku. baha terus amik aku dari melaka. kami sampai jam 1.30 pagi. terus kami ke hospital. aku tengok baba dalam lampu yang malap, belum tid
KEK BATIK...hmmm..yummy
Semalam berbekalkan sedikit kerajinan, aku memulakan kerja2 membuat kek batik. sebenarnya sebelum raya lagi aku dah terfikir nak buat. tapi disebabkan susu pekat takde, so tergendalalah niat hati tuu.. so semalam aku merajinkan diri buat kek batik sebab nak kasi kat jiran belakang rumah, kak ida. hari tu dia ada bagi mee goreng dengan kek birthday anak dia, Halim dalam bekas plastik. takkan aku nak hantar bekas kosong kat dia ye tak??? adat orang melayu, kalau jiran bagi makanan dalam bekas, kita kenalah pulangkan semula bekas tersebut dengan berisi makanan. aku decide nak buat kek batik sebab nanti terus letak dalam bekas plastik tu. boleh bagi terus pada kak ida. cara buat kek ni lebih kepada main campak2 je. takde kuantiti yang specific. KEK BATIK suhaila1921 ;-) marjerin ( 2 sudu kira ok dah) telur (1 biji je nak kasi lembut) susu pekat ( secukup rasa, ala, macam buat air milo tuu) gula (secukup rasa) coklat masakan (suku bar, setengah bar pun ok gak bergantung kepada berapa banyak
LAGI-LAGI TEKANAN
aku selalu gak tengok2 apa yang biasa orang search dalam blog aku ni melalui Live traffic feed...banyak yang search Tekanan di Tempat Kerja..tajuk tu yang paling famous. kenapa ye??? i'm curious to know why people always search this sentence. hmmm.. maybe they have to do a research about it, maybe because it happen to them and they want to solve the problem, maybe and just maybe. selain daripada tekanan ditempat kerja ada juga yang search "suhaila1921" kat google. ceh..rasa macam famuos lak aku ni. masuk bakul angkat sendiri la..tu la, sape suruh korang search suhaila1921..kan dah kantoi...hehehe..takde la, aku gurau je. kiranya ada gak la peminat blog aku yang selalu tak hapdate ni. terima kasih la atas perhatian pembaca2 semua. ni yang rasa bersemangat nak hapdate blog every day paling kurang pun every week kira ok la tuu. ok la...HAPPY READING ;-)
AYAT-AYAT CENTA
Sayang, pernah suatu waktu, bila hati ini dalam kesepian, akan ku lihat bintang malam, kerana bagi ku, bintang adalah penyinar di langit gelap, dan bagi ku kau adalah penyinar hidupku... Kau tahu sayang betapa hati ku mengharapkan mu, betapa aku merindui mu, betapa aku memerlukan mu, betapa aku kasihkan diri mu, betapa aku terseksa kerana berjauhan dari mu. Ingatlah sayang, kau pertama dan kau jua yang terakhir dalam hidupku. Kata mu, desir ombak di pantai itu mendamaikan, kata ku, lembut alunan ombak itu memberi ketenangan. Kita menari dalam satu rentak yang sama, dalam satu irama, senada, mengikut alunan ombak SAYANG... Cinta datang tanpa dipaksa, cinta hadir tanpa sedar, cinta tidak perlu dilafazkan, bila tiba saatnya, cuma genggam erat, tidak perlu dilepaskan...
KENDURI KAWEN KAK NOORA
Sabtu lepas aku dan hubby pegi rumah kak noora, member satu kolej. ramai gak yang datang majlis kak noora. meriah...rumah dia area Machap, simpang renggam. kalau dari melaka dalam 1jam setengah la. sempat gak la buat tahi mata dlm kereta jap. kesian hubby, pandu sorang-sorang. hai..nasib la dapat bini suka tido dlm kereta..sorry ye bee.ni gambar sekitar kenduri kak noora and hubby dia ruzaimi..congrates to both of u. Meeting orang2 lelaki Me n Liza diapit 2 orang anak dara (Dini n MAi) Group kaum Adam... Mata Kak Noora yang besar n cantek.. Saat menunggu pengantin lelaki datang.. Sempat sengih..peace norsiah.. TOL terakhir..mak Andam (annur) dapat RM 100..masyukk tu..
AL-RIH AL-AHMAR
al-rih al-ahmar , atau nama melayunya ANGIN AHMAR. Baba aku adalah antara mereka yang terkena penyakit ini. ia juga lebih dikenali sebagai ‘strok’ merupakan penyakit pembunuh nombor tiga di dunia selepas kanser dan jantung. Setiap orang sama ada yang sudah berumur atau yang masih muda berisiko mendapat penyakit ini terutama bagi mereka yang gemar mengambil makanan berlemak dan narkotik (menghisap rokok). Baba dah 14 tahun mengidap penyakit ni. kesian baba. sekarang ni aku tengok baba makin lemah. semakin susah nak melangkah, semakin berat kaki nak diangkat. dari zaman Nabi Sulaiman a.s. telah ada penyakit ni. dia menjelma sebagai mahkluk (yang berupa manusia) yang besar panjang badannya lagi hebat dan dahsyat rupanya dengan keluar api bernyala-nyala daripadanya. dia memperkenalkan dirinya sebagai AL-RIH AL-AHMAR. “Aku bernama al-rih al-ahmar iaitu satu penyakit yang amat dahsyat di antara penyakit-penyakit. ALLAH S.W.T. menjadikan aku sebegini rupa dan diberi-Nya aku kuasa mendatangkan
Aktiviti Hujung Minggu
sepanjang minggu ni aku menyibukkan diri menyiapkan biskut raya. antaranya biskut Famous Amos dan Hazelnut London. Hazelnut London ni sama macam Almond London. cuma tukar almond kepada hazelnut je. mak mertua dah bagitau, "buatla lebih sikit su, nanti boleh bagi kat sini sikit"..Hubby cakap ibu tak buat biskut raya tahun ni. so aku buat banyak sikit. sebab nak bagi kat kampung dan rumah mak mertua. ishk entah apa entah rasanya. biskut famous amos tu memang sedap. kawan2 cuba la buat. cuma bila letak kat dalam dulang pembakar tu bentukkan dia comel2 je. jangan besar2 sangat. sebab nanti dia akan mengembang 2 kali ganda. buat sebesar duit syiling 20sen je. biskut Hazelnut London tu pula ada banyak pastri yang lebih. kacangnya tak cukup. pastri yang lebih tu aku letak dalam fridge. so ingat malam ni lepas berbuka nak sambung buat lagi. tengahari ni masa rehat nak beli hazelnut. biskut hazelnut london tu sikit je lagi rasanya nak jadi Ferrero Rocher. hehe.. and then kalau ada mas
Raya Nak Dekat...
sumber: thanks pakcik google..(gambar sebenar akan diupload kemudian) kawan-kawan..dah siap ke segala persiapan raya? tinggal beberapa hari je lagi. ishk, macam sekejap je puasa kali ni. tup tup dah nak raya. alhamdulillah setakat ni puasa berjalan lancar. solat terawih pun lancar gak walaupun hanya ditunaikan di rumah je. alhamdulillah. malam ni lepas berbuka aku nak buat biskut raya. duduk sorang2 boring gak. so oven dah ada, hadiah kahwin yang baru nak dirasmikan. resepinya adalah: BISKUT FAMOUS AMOS: Bahan-bahannya adalah: 1 cawan butter 1 1/2 cwn tepung gandum 1/2 cwn tepung jagung 1 s/k soda bicarbonat 1 cawan gula halus 1 cawan gula perang 2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dulu lepas tu baru mesin hingga halus) 12 oz. chocolate chips 1/2 s/k garam 9 oz. chocolate Cadbury (parut, kalau takde tempat parut, korang racik2 sederhana halus je..9 oz ni macam lebih kurang coklat saiz sederhana tuu) 2 biji telur (kalau telur ayam kampung yang kecik2 tu pakai 3 ye..) 1 s/k bak
SENGATAN LEBAH KELULUT
this pic was taken from the internet (hasanzainuddin.wordpress.com), not behind my house. credit for this website.tq pagi ni tangan aku dah kecut. sirim pokok bunga main dengan air, mop dan basuh lantai, basuh baju, tuala, telekung, kain pelekat hubby..tangan kecut, pinggang pun sakit. macam orang tua lak. keje baru sikt dah ngadu sakit. hehe.. hari tiba2 lak tergerak hati nak sidai baju kat ampaian belakang rumah yang lama tak berusik tu. mula2 sidai tuala kat ampaian tu ok lagi. and then sidai kain pelekat. tiba2 "Aduh, sakit nye!!" lengan aku kena sengat dengan lebah. rupanya ada sarang lebah kat ampaian tu. banyaknya lebah. seram lak kalau kena sengat lagi. baru je aku nak betul2 kain pelekat tu, lebah tu terbang lagi. cepat2 tunduk tak nak kena sengat lg. nampaknya ampaian tu tak boleh diusik.so kain pelekat hubby dibiarkan sidai comot sebab takut kalau ampaian tu bergoyang aku kena sengat lagi lak. baju2 yang lain kena la sidai guna penyangkut baju. so lepas ni kena be
RAMADHAN DATANG LAGI
Yummy nye.. alhamdulillah, akhirnya Ramadhan yang ditunggu-tunggu datang kembali. masih segar lagi kenangan sewaktu Ramadhan tahun lepas. berpuasa bersama-sama rakan serumah memang seronok. masak berbuka bersama-sama. tahun ni puasa bersama dengan hubby. puasa jarak jauh..sedihnya..duduk seorang tanpa teman serumah memang boring. berbuka pun nanti sorang-sorang. tanpa housemate n hubby tercenta. tapi target, nak bertarawih dengan sebaik mungkin. manalah tau, tahun depan ada rezeki tak dapat dah nak tarawih. jadi kena la banyakkan untuk tahun ni. ada bezakah berpuasa masa bujang dengan bersuami bila jarak jauh macam ni?? SELAMAT BERPUASA, SEMOGA PUASA TAHUN NI LEBIH BERKAT
TANGISAN KEGEMBIRAAN
malam semalam anniversary yang ke 5 bulan. baru 5 bulan dah nak buat anniversary..my hubby yang nak buat. so selesai solat magrib, kami ke kedai makan. konon nak makan kat luar la nak raikan 5 months anniversary ktorg. hubby memecut kereta dengan lajunya macam nak kejar apa entah. bee, slow sikit bawa kereta tu..macam la ada orang yang tunggu kita.."" sesampainya kami di hadapan kedai makan tu, hubby menunjukkan sesuatu dari arah seberang jalan, " nee, yang ni la yang bee cakap tu. balai polis trafik. tak nampak kat luar ni. kena masuk lorong tu baru boleh nampak." aku pun tengok la arah yang ditunjukkan sambil berjalan menuju ke kedai makan tersebut. rupanya ada udang sebalik batu. terkejut dibuatnya bila ramai yang menanti ktrong. hehe..ni yang rasa nak menangis ni. rasa terharu lak raikan anniversary dgn yang lain. aku memandang ke arah lain untuk mengelakkan pelanggan2 kedai tu nampak titisan air mata aku. hehe. malu lak. hubby dgn selambanya mencium dahi tanda
Waiting A Surprise From Him
credit to: damadama.wordpress.com for the pic its been weeks we did not meet each other. my feeling ---> miss him so much. so tomorrow he will come here to see me. we decided to go to Genting Highland. He already booked a room for us. 1 night is good enough for me than nothing. everything seem very fine. so i can tell that, this is our 2nd honeymoon, red flag again. hee :-) sorry bee. but the important is he'll be by my side all the time this weekend. Fun at the Peak.. this Monday is our 5 monTh AnniVersaRy. i know he want to make a surprise for me on that day. cant wait the day. he want me to promise dont asking about the surprise because it wont be surprise if the i keep asking him. ok bee i promise. :-)
aDOBE pHOTOSHOP
sejak akhir2 ni aku saja2 nak belajar guna adobe photoshop. software yang dah sedia ada dlm lappy ni sayang kalau tak digunakan. so aku belajar la sikit2 melalui youtube. seronok dapat buat benda baru. makeupkan muka orang pun boleh. yang gemuk boleh jadi kurus. yang tua, boleh jadi muda. muka berparut boleh ditampal. kulit yang gelap boleh jadi cerah. apa yang kita nak ubah semua boleh dengan menggunakan adobe photoshop. aku takde la pandai. cuma baru nak cuba2 skill baru je ni. di bawah ni aku cuba makeup kan muka model yang dah sedia beautiful. layer untuk rambut, layer untuk pakaikan celak, kening dihitamkan sikit, warna mata diubah, blusher dan lipstick untuk menaikan seri muka model ni. wajah asal wajah setelah dimakeup menggunakan adobe photoshop 7.0