KEK BATIK...hmmm..yummy

Semalam berbekalkan sedikit kerajinan, aku memulakan kerja2 membuat kek batik. sebenarnya sebelum raya lagi aku dah terfikir nak buat. tapi disebabkan susu pekat takde, so tergendalalah niat hati tuu..
so semalam aku merajinkan diri buat kek batik sebab nak kasi kat jiran belakang rumah, kak ida. hari tu dia ada bagi mee goreng dengan kek birthday anak dia, Halim dalam bekas plastik. takkan aku nak hantar bekas kosong kat dia ye tak??? adat orang melayu, kalau jiran bagi makanan dalam bekas, kita kenalah pulangkan semula bekas tersebut dengan berisi makanan. aku decide nak buat kek batik sebab nanti terus letak dalam bekas plastik tu. boleh bagi terus pada kak ida.
cara buat kek ni lebih kepada main campak2 je. takde kuantiti yang specific.

KEK BATIK suhaila1921 ;-)

  1. marjerin ( 2 sudu kira ok dah)
  2. telur (1 biji je nak kasi lembut)
  3. susu pekat ( secukup rasa, ala, macam buat air milo tuu)
  4. gula (secukup rasa)
  5. coklat masakan (suku bar, setengah bar pun ok gak bergantung kepada berapa banyak korang punya bikut marrie)
  6. milo (ikut suka korang berapa banyak, semuanya bergantung kpd biskut korang)
  7. biskut marrie (biasanya buat satu bungkus)
  8. last but not least air (jgn banyak2 lak ye)

cara-caranya adalah:
  • panaskan marjerin. lepas dah cair tutup api. biarkan sejuk sedikit
  • campur telur dalam marjerin yang suam-suam kuku tadi. kacau sampailah sebati
  • masukkan susu pekat, gula, coklat masakan dan milo. panaskan semula dan kacau sebati sampai coklat masakan cair.tambahkan air supaya tak pekat sangat.tutup api supaya biskut marrie nanti tak lembik.
  • masukkan biskut marie. patahkan dua atau 3 je. balik2 kan sampai semua biskut kena dengan adunan coklat tadi.
  • letak dalam bekas, mampatkan adunan tadi dengan sudu atau sudip.
  • letak dalam peti sejuk dalam tempat beku selama 30 minit. keluarkan dari tempat beku, pindahkan ke bahagian bawah pula.

sedia untuk dimakan...hubby makan sampai menjilat pinggan (dengan jari la). dia kata sayang kat coklat yang berbaki kat pinggan tuu..hehehe..alasan je tu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

student bergaduh??

RAMADHAN DATANG LAGI