AYAT-AYAT CENTA
Sayang, pernah suatu waktu,
bila hati ini dalam kesepian,
akan ku lihat bintang malam,
kerana bagi ku,
bintang adalah penyinar di langit gelap,
dan bagi
ku kau adalah penyinar hidupku...
Kau tahu sayang betapa hati ku mengharapkan mu,
betapa aku merindui mu,
betapa aku memerlukan mu,
betapa aku kasihkan diri mu,
betapa aku terseksa kerana berjauhan dari mu.
Ingatlah sayang,
kau pertama dan
kau jua yang terakhir dalam hidupku.
Kata mu,
desir ombak di pantai itu mendamaikan,
kata ku,
lembut alunan ombak itu memberi ketenangan.
Kita menari dalam satu rentak yang sama,
dalam satu irama, senada,
mengikut alunan ombak SAYANG...
Cinta datang tanpa dipaksa,
cinta hadir tanpa sedar,
cinta tidak perlu dilafazkan,
bila tiba saatnya,
cuma genggam erat,
tidak perlu dilepaskan...
Ulasan
Catat Ulasan
hi..hantar la kumen..jgn malu2 k.. :-) i won't bite