Aktiviti Hujung Minggu
sepanjang minggu ni aku menyibukkan diri menyiapkan biskut raya. antaranya biskut Famous Amos dan Hazelnut London. Hazelnut London ni sama macam Almond London. cuma tukar almond kepada hazelnut je.
mak mertua dah bagitau, "buatla lebih sikit su, nanti boleh bagi kat sini sikit"..Hubby cakap ibu tak buat biskut raya tahun ni. so aku buat banyak sikit. sebab nak bagi kat kampung dan rumah mak mertua. ishk entah apa entah rasanya.
biskut famous amos tu memang sedap. kawan2 cuba la buat. cuma bila letak kat dalam dulang pembakar tu bentukkan dia comel2 je. jangan besar2 sangat. sebab nanti dia akan mengembang 2 kali ganda. buat sebesar duit syiling 20sen je.
biskut Hazelnut London tu pula ada banyak pastri yang lebih. kacangnya tak cukup. pastri yang lebih tu aku letak dalam fridge. so ingat malam ni lepas berbuka nak sambung buat lagi. tengahari ni masa rehat nak beli hazelnut. biskut hazelnut london tu sikit je lagi rasanya nak jadi Ferrero Rocher. hehe..
and then kalau ada masa lagi nak buat biskut conflakes. ala yang dalam cup tu. biskut tu senang dan tak ambil masa yang lama.
tahun ni tahun yang paling bersemangat aku buat biskut raya. sorang2 lak tu. sebelum2 ni ada gak buat tapi dengan famili.
Ulasan
Catat Ulasan
hi..hantar la kumen..jgn malu2 k.. :-) i won't bite