TANGISAN KEGEMBIRAAN
malam semalam anniversary yang ke 5 bulan. baru 5 bulan dah nak buat anniversary..my hubby yang nak buat. so selesai solat magrib, kami ke kedai makan. konon nak makan kat luar la nak raikan 5 months anniversary ktorg. hubby memecut kereta dengan lajunya macam nak kejar apa entah. bee, slow sikit bawa kereta tu..macam la ada orang yang tunggu kita..""
sesampainya kami di hadapan kedai makan tu, hubby menunjukkan sesuatu dari arah seberang jalan, " nee, yang ni la yang bee cakap tu. balai polis trafik. tak nampak kat luar ni. kena masuk lorong tu baru boleh nampak." aku pun tengok la arah yang ditunjukkan sambil berjalan menuju ke kedai makan tersebut. rupanya ada udang sebalik batu.
terkejut dibuatnya bila ramai yang menanti ktrong. hehe..ni yang rasa nak menangis ni. rasa terharu lak raikan anniversary dgn yang lain. aku memandang ke arah lain untuk mengelakkan pelanggan2 kedai tu nampak titisan air mata aku. hehe. malu lak. hubby dgn selambanya mencium dahi tanda sayang. ye ke?
rupanya tadi ktrong parking sebelah kereta Ju. tu yang my hubby saja nak mengalihkan pandangan aku dari ternampak kereta kawan aku tu. nanti kata nya tak surprise la. sambutan ni dah dirancangan dengan yang lain sejak jumaat lepas. selamba je bila diorang ni jumpa aku masa kat tempat keje. macam takde apa2 je. rupanya dah plan kemas. siap dengan kek secret recepi lg, Chocolate Indulgence, my favourite cake.
hubby cakap dia saja je nak belanja makan sebab sebelum ni ingat nak buat bacaan doa selamat kat rumah lepas ktrong kawin. tapi ms tak mengizinkan sebab ktrong pun jarang jumpa. so ini je la cara nak kenal2 dengan kawan2 sekerja aku. seronoknya.
terima kasih kak han sebagai mastermind nya dengan baby aishah (yang suka kenyit mata, siap cium mulut lagi kat my hubby, nasib baik kecil lagi. kalau tak, jeles dibuatnya). Ju n Liza yang sudi ambilkan kek kat kedai secret recepi tu. Aishah dan family nya (suami serta anak nye yang comel, Alif ). suami kak han je, abg syed tak dapat datang. tapi takpe. hari tu dah kenyang bangat makan masakan kak han yang sedap tu. thanks semua.
dan yang penting my hubby. susah2 je buat surprise. nanti buat lagi ye bee..hehe. i love u so much
Ulasan
Catat Ulasan
hi..hantar la kumen..jgn malu2 k.. :-) i won't bite