Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

MASUK KATEGORI APA?

Imej
Haritu beberapa org staf satu kolej duduk semeja makan tengahari. Wah, tak ingat, makan bukan main lama lagi. Bukan apa, makannya sekejap je, yang lama beborak yng bukan2 je. Lagha ni. tengahari tu kami beborak berkisarkan tentang kategori org kat sini. Antaranya: 1. Siapa yang paling cantik? 2. Siapa yang paling sempoi? 3. Siapa yang paling vogue? 4. Siapa yang paling tersusun tutur kata? 5. SIapa yang paling over manja dengan suami bila ckp dalam tepon? (boleh gitu?) 6. Siapa yang paling jiwang, tunjuk gmbar kawin kat atas meja? DLL... terlalu banyak kategori sampai tak tertulis dlm blog ni. tapi yang no 4 dan 6 tu pemenang nye adalah ;) meh sini aku tunjukkan bukti yg no 6 tu ye. gambar ni ada atas meja aku. Yela, baru la bersemangat sikit tgk muka suami bila buat keje. hilang sekelumit rasa rindu.

SEMALAM, KES CAMPAK BAYI...GILA

5 Oktober 2011 : Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. Ada bayi nak dibuang. Bukan kes buang lagi ni, di campaknye dari tingkat 2 rumah pangsa.. Sungguh tak berhati perut seorang wanita merangkap ibu kepada bayi tersebut. Dicampaknye sampai baby tu jatuh ke dalam longkang. Sayu hati tengok baby tu ada dalam longkang, dah jadi mayat. Baby tu lak tak terus dialihkan dari longkang tu, tapi dibiarkan sehingga kes siatan polis selesai..kesiannye..Moga baby tu menjadi bidadari syurga.. kalau anda nak tengok real gambar baby tu, boleh ke harian metro online. Kat situ ada disiarkan berita berbentuk video keadaan baby tersebut. Sungguh menyayat hati. Tu la, orang yang tak nak anak senang-senang je dapat anak lepas tu buang. Ni tengok ni, orang yang teringin sangat nak anak, susah lak dapat anak..Baru aku tau rupanya bukan senang nak buat anak..Lagi lambat kita dapat zuriat tu, insyallah lebih besar kasih sayang kita padanya..Semoga yang susah dapat baby dipermudahkan olehNya dan disegerakan ke

SALAM RAMADHAN

Imej
Salam ramadhan semua. Harap tak terlambat wish. Ya Allah terlalu lama rupanya aku tak menghapdet blog ni. Nak kata tak ada masa tak juga. Cuma mungkin belum ada idea nak tulis apa kot. Walau bagaimana pun (ceh, mcm ayat dalam karangan BM lak), aku rasa belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan iaitu bulan yang mulia. Bulan di mana kita harus bermaaf-maafan sesama kita. Bulan ini juga kita harus memaafkan kesalahan orang lain supaya hati kita bersih dan mudah menjalankan ibadah puasa. Biasanya kan time hari raya je kita mintak maaf kan? Kan? So aku dengan rasminya meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan tersinggung perasaan sesiapa dari awal blog ini ditubuhkan. Mintak maaf ye pembaca semua. Semoga kita lebih bahagia dan ceria. ;) Bulan ini juga kerajaan bagi bonus kepada semua kakitangan kerajaan. Wah syok nye dapat gaji lebih. Walaupun hanya separuh gaji, tapi berbaloi sangat2 dari takde. Duit tunggakkan pun insyallah masuk bulan ni gak. Mata dah

KEK TRIO MARBLE RESEPI DARI MAT GEBU

Imej
Semalam aku duduk sorang2 kat rumah. Hubby keje malam. Biasa la kalau dia keje malam kerja aku kat rumah tengok tv, basuh baju, berehat dll. Peluang untuk berehat bila dia kerja malam. Tapi tak syok gak duk sorang2 kat rumah. Teringat masa kat Mentakab. Menyewa rumah sorang2, tengok dinding, tengok tv yang hampir tak nampak muka pelakonnya. hehe..boleh la dari tak ada tv. So malam ni dengan rasa ringan tulangnya aku bercadang untuk try buat kek marble resepi dari Mat Gebu . Alaa..Blogger masakan yang paling Famous tu. Yes i like all Mat Gebu Resepi. tapi baru sekali ni je nak mencuba. Sebelum ni menyalin je resepinya, tapi blm berkesempatan nak buat. Aku try buat kek ni sebab minggu ni hari Ahad adik Hubby bakal melangsungkan perkahwinan dengan insan tercinta. Ibu mertuaku minta aku tolong buatkan kek untuk hidangan tetamu. so ni sebagai percubaan pertama la..aku takut tak jadi je kek tu. Tu yang aku fikir better try buat dulu. Dari jam 8 malam - 8.46 malam aku buat kek. Bila dah siap

ANDA FOKUS?

Imej
Akal kita bagaikan magnet. Ia akan menarik apa yang kita inginkan. Jika kita inginkan kejayaan, maka kejayaanlah yang akan datang. Jika kita inginkan kegagalan, hutang, masalah, maka itu lah yang akan datang kepada kita kerana minda kita seperti magnet. Jika kita fokus dengan apa yang kita inginkan, kita akan dapat insyallah. Jika yang Islam fokus lah apa yang kita inginkan beserta selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 3 kali. Dan jika apa yang anda inginkan itu berjaya, jangan lupa menyebut Alhamdulillah, kerana Allah yang menentukan segala-galanya dan Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Buat pasukan KOMPANG MERLIMAU PASIR, tahniah atas kejayaan kita semalam. Berjaya menggondol tempat pertama dalam pertandingan kompang di Merlimau menewaskan 3 pasukan kompang yang lain. Leader: Abang tak nak banyak, abang nak kita dapat no 1 je. Boleh tak?! Pasukan : Boleh!!!! Leader : Kita bukan nak kan hadiah. Tapi kita nak menang! Pasukan : Yehh!!!

KOLEJ KOMUNITI SELANDAR...

here i come..akhirnya berjaya juga menerobos masuk ke KK di Melaka. ALhamdulillah Allah memakbulkan doa kami suami isteri supaya aku berada dekat dengan dia. Syukur sangat2. Muka ni asyik senyum je memanjang. walaupun KK selandar Agak jauh sedikit dari tempat kerja hubby, tapi itu lebih baik daripada aku duduk kat pahang. 3 jam perjalanan, pergi balik 6 jam. sekurang-kurangnya 1 jam itu tak la lama kalau nak dibandingkan dengan sekarang. Insyallah mampu lagi hubby untuk berulang hari2. sekarang aku sedang menempuh hari2 terakhir di KK Temerloh. sedih lak rasanya nak tinggalkan KK yang banyak beri aku pengalaman dan menjadi lebih matang dalam pengajaran. Teringat lagi dulu berdebar2 waktu minggu2 pertama nak masuk mengajar. rasa cetek sangat ilmu nak beri pada student. Alhamdulillah setelah bersemester di sini, ilmu semakin kukuh di dada, dah tak berdebar macam awal2 dulu. ingat senang ke nak berdiri di hadapan khalayak ramai? tapi alah bisa tegal biasa. ;) mungkin berkat usaha dan kesu

AKU, LIM DAN ISLAM (tauladan bersama)

Aku, Lim dan Islam..Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara di rumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti hari jadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi be

YES, I LOVE YOU

Imej
pic from www.2dayblogger.com There is a story about a girl and a boy who are in love with each other. The girl want to make sure that her boyfriend love her so much and she asked him 3 questions: girl: do you think im pretty? boy:no girl:do you want to be with me forever? boy:no. girl:would you cry if i walked away from you? boy:no. the girl was hurt and started to turn away but the boy grabbed her arm and pulled her towards him. boy: I dont think your pretty, i think your beautiful. I dont want to be with you forever, i NEED to be with you forever. I wouldnt cry if you walked away, i would die.

pULIHKAN jERAWAT ANDA DENGAN aDOBE pHOTOSHOP

Imej
Kalau sesiapa yang ada jerawat, jeragat, lubang pori besar ke, muka berminyak ke...jangan risau ada jalan penyelesaian menggunakan teknologi moden. tapi bukan guna laser or pembedahan yek, kita guna adobe. ni kecantikkan sementara je la. Memanglah hakikatnya kita tak secantik dalam gambar, tp sekurang-kurangnya kita akan rasa puas hati tengok muka kita yang comel dan cantik tanpa jeragat, jerawat dll. Ok, first of all, kita kena la open adobe photoshop dulu. Lepas tu Open gambar yg kita nak edit tu. File - Open - cari gambar _ ok Pic ni di ambil dari pakcik google yg handsome. Anda boleh klik pada Healing Brush Tool ( gambar yg mcm handyplast tu). Fungsi Healing brush ni adalah untuk menampal tempat2 yang kita rasa tak cantik dengan permukaan baru yg cantik. Contohnya kita ambil kawasan muka kita yang licin di tampalkan pada kawasan yang berjerawat. Biasanya kita akan gunakan Brush yang sederhana ke kecik untuk proses menampal. sebab kalau guna brush besar nampak mcm tak ori. Gambar di

Story of A Blind GIRL

Imej
Pic taken from : my.spill.com There was a blind girl who hated herself because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She told her boyfriend, 'If I could only see the world, I will marry you.' One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend. He asked her,'Now that you can see the world, will you marry me?' The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought flooking at them the rest of her life led her to refuse to marry him.. Her boyfriend left in tears and days later rote a note to her saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours, they were mine.' This is how the human brain often works when our status changes. Only a very few remember what life was like before, and who was always by their side in the

1 DEKAD BERSAMAMU

Imej
Hari ini 9 Januari 2011 bersamaan hari Ahad yang indah (walaupun duduk sorang kat rumah bertemankan Gegirl yang tengah pregnant and her boyfriend Tony gemuk). Alhamdulillah telah 1 dekad aku bersamamu, Baharudinku. 9 Januari 2002 jam 12.30 tengahari kau melamar ku menjadi kekasihmu. Masih teringat lagi saat itu aku memegang telefon milik kawanku (aisyah) kerana waktu tu aku tak ada Handphone lagi. So engkau mengubungi ku menerusi telefon kawanku. Aku duduk berbual bersamamu di atas tangga di kolej kediaman ku KTDI, UPM. Romantik sungguh saat itu. Kau melafazkan kata-kata cinta kepada ku. Merah padam muka ku. Maklumlah pertama kali lelaki memberi ucapan sebegitu. Ah indah sungguh saat itu. Aku terima lamaran mu menjadi kekasih. Syukur aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan kita berdua. Kau kekasihku sepanjang 7 tahun kita bercinta, kau tunanganku selama 2 tahun dan engkau SUAMIKU setelah 1 dekad kita bercinta. Alhamdulillah...Semoga jodoh kita tetap utuh, semoga aku menjadi

EFEK MANDI WAP ATAU SAUNA

Ini petikan daripada ulasan produk untuk menaikkan seri wajah. Kebanyakannya diterangkan dengan menggunakan ais atau air sejuk lebih baik dan dapat merangsang deria tubuh badan supaya lebih peka, wajah lebih bersinar dll. Kemudian diterangkan juga mengenai keburukan mandi wap atau sauna seperti di bawah ni: "Mandi wap atau stim yang berlebihan hanya akan mengeluarkan atau membocorkan aroma/haruman tubuh yang paling semula jadi. Sel-sel tubuh akan kehilangan tenaga vital yang semulajadi dengan mandian wap sebegini. Kesannya, sistem imun tubuh menjadi lemah dan begitu banyak alahan dan serangan/jangkitan penyakit boleh berlaku. " Fikir-fikirkan...