PENGGUNTING RAMBUTKU SAYANG
Sumber pic : pakcik google yang hensem
kisah ini berlaku pada hari jumaat lepas.
balik kerja aku dijemput oleh hubby. kami ke TF value Mart (ehh..terserempak dgn ju n viosnya baru keluar dari TF). kami ke sini pun nak beli barang dapur. banyak yang dah habis. disebabkan dah lewat petang, balik2 aku terus menunaikan tanggungjawab pd Yang Maha Esa. kemudian menunaikan tanggungjawab perut hubbyku yang perlu diisi, minum petang la apa lagi. petang tu aku buat simple2 je. nugget tempura favourite dia n air nes o panas..emm best..selesai minum dah hampir jam 7 malam. kami solat berjemaah dulu and then aku sambung masak untuk makan malam. ayam masak kicap je malam ni. walaupun simple, tapi dia kata kena dgn selera dia sebab aku letak cili api kasi berapi sikit....hehe
dia dah plan hari ni nak potongkan rambut aku. masuk ni dah 2 kali dia jadi tukang gunting rambut tak bertauliah. sebenarnya ada gak cita2 dia nak jadi tukang gunting rambut. tapi yang kesampaian hanyalah mengguntingan rambut isteri dia ni je..boleh la tu bee...
bee: nee, yang ni nee buat spray apa? (tanya dia sambil memegang botol spray warna pink yang aku biasa buat spray pokok bunga ros kat depan rumah tuu)
nee: tu spray pokok la bee. nee spray bawang putih kat pokok bunga ros hari tu. kenapa?
bee: bee ingat nak spray rambut nee la malam ni..
nee: wah2..suka2 hati je ye. bau bawang putih rambut nee nanti.
bee: bee basuh la betul2 nanti. nak potong rambut kalau lembap2 senang sikit.
nee: ye la bee.
masa aku tgh sibuk masak masa tu la dia nak menyibuk. hehe... dia basuh botol spray tu sebab tak nak ada bau bawang putih. dikocak2 dengan sabun lux aku. berbuih banyak..habis lecak sinki dibuatnya.
untuk pengetahuan semua, bawang putih elok untuk elakkan serangga makan daun pokok kita. sebab bau dia kot. kira bawang putih ni boleh jadi racun semulajadi...tak payah beli racun perosak dah. jimat...
time menggunting rambut :
macam pandai lak hubby aku ni gunting rambut. ok la. cuma yang tak ok, habis belakang baju aku basah sebab dia main spray je..banyak lak tu dia spray. ni nak kasi lembap ke kasi basah terus ni bee? kat kedai takde pun main spray2 rambut.. :)
nee: nasib baik suami tau, kalau tukang gunting rambut dah kena marah dah ni.
bee: hehe..style la ni..
nee: ni boleh masuk ni dalam blog nee. nee nak cite bee gunting rambut nee sampai basah baju nee.
bee: ye la sayang (sambil terus memotong rambut aku)
nee: bee, bee nak bljr tak buat blog dgn nee? senang je..
bee: tengok la mcm mana nanti. besok bee nak beli barang
nee: barang apa?
bee: bee nak beli batu bata.
nee: nape?
bee: kata tadi nak buat blok..kena la beli batu batu bata..
nee: hehehe....bee ni kan..buat blog bukan blok la bee..
buat sakit perut je. kalau hubby ada, perut ni asik sakit je..gelak tak berenti2. ada je dia nak buat lawak spontan. i luv u bee..
Ulasan
Catat Ulasan
hi..hantar la kumen..jgn malu2 k.. :-) i won't bite