Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

BUKIT TINGGI RESORT DAN AVILLION PD

Imej
27 hb Nov kami bercadang ke bukit tinggi. percutian ni secara on the spot. kami rancang nak tidur sana tapi tak booking lagi (satu kesalahan semasa bercuti). baju dah pun kami bawa bersama dengan harapan dapat tidur sana dengan suasana sejuk waktu malam..ermm mesti nyaman kan..?duit?sejumlah amaun yang sangat sedikit kerana kami fikir atas sana ada atm machine. tempat high class kan, mesti ada atm...(satu kesalahan lagi). tiket masuk berharga RM 12/ head untuk dewasa. kanak2 aku tak sure. huh..nasib baik masih cukup lagi duit dalam wallet ni. alhamdulillah. hubby meringankan mulut bertanya pada ticket girl " dik, kat sini ada atm machine tak?" girl tu:" takde la bang. kena pakai kredit card je. kami...?takkan nak turun balik semata2 keluarkan duit..no2..nampaknya harapan nak tidur sini menikmati suasana sejuk tak kesampaian la..hampa je..walaupun hampa, kami masih lagi menikmati permandangan indah di bukit tinggi. macam over the sea la.. Japanese Tea House Colmar Tropica

SIMPANAN KHUSUS UNTUK BERCUTI

post ni khas untuk pembaca yang suka pergi bercuti (macam aku ni) tapi kewangan tak mencukupi... walau banyak mana pun gaji yang kita perolehi, tapi kalau kita tak menyimpan dengan betul, susah kita nak berpeluang pergi bercuti. sebab bercuti ni adakalanya perlu dirancang dan adakalanya on the spot terus pergi. tapi kalau on the spot tu banyak la aral yang melintang. contohnya duit tak cukup, hotel / resort dah full house, tempat tu takde atm machine la dll... jadi untuk merealisasikan impian kita untuk pergi bercuti, perlulah ada satu akaun yang khusus bagi simpan percutian. ini aku cadangkan je. sebab aku pun buat mcm ni. akaun tu perlu atas dua nama. supaya kita dan dia akan masukkan sjumlah amaun dalam akaun tersebut setiap bulan. kalau nak ikutkan displin tu memang liat kan..jadi buat la future transfer dalam online banking supaya pada satu2 haribulan, akaun rasmi kita akan transfer secara automatik dalam akaun percutian kita sejumlah duit yang telah diperuntukkan. contohnya kalau

EXPLODING BOX FOR HIS BIRTHDAY

Imej
Alhamdulillah saya dan hubby telah pun menginjak ke umur 27 tahun. saya 19hb dan dia 21hb. 2 hari beza umur antara kami. 9 tahun kami bercinta dan banyak itu juga la hadiah yang dah beri pada saya dan dia. 9 hadiah yang berbeza. jadi tahun ni kami masing-masing buntu nak beli hadiah apa. hari tu jalan2 di MP kononnya nak beli hadiah masing2 la. kira datang sama2, tapi nanti berpecah untuk beli hadiah. tapi bila nak berpecah tu hati aku ni rasa macam sayu sangat nak lepaskan dia. tak sampai 1/2 minit aku patah balik cari dia. mata dah bergenang dgn air jernih. entah kenapa entah agaknya. aku rasa macam kena tinggal lak. last2, niat nak beli hadiah tergendala / tak jadi. bila lagi nak beli hadiah ni.. jalan punya jalan, kami ternampak kedai cenderamata. masuk dalam kedai tu belek barang. ada beberapa muzik box macam cerita korea tu, comel sgt. bentuk bulat lepas tu dalam dia ada kilat2 macam salji. comel2..rasa mcm nak beli lak. tapi tak beli pun. kami decide nak kongsi hadiah birthday

MY BIRTHDAY vs HIS BIRTHDAY

selamat hari lahir buat diri sendiri. malam semalam berjalan sakan dengan hubby. kami naik bot menyusuri sungai melaka. syiok..rasa macam dating lak. memang pun k

Tag dari atul (farinazhari.blogspot.com)

25 perkara yang anda perlu tahu tentang SAYA: 1. Saya seorang isteri kepada suami saya Baharudin. Saya sayang dia dengan sepenuh jiwa raga saya… 2. Saya anak bongsu daripada 7 adik beradik 3. Saya seorang anak yatim piatu 4. Saya telah kematian emak pada tahun 2003 5. Saya telah kematian bapa pada baru2 ni 6. Saya suka warna putih sebab putih itu suci 7. Saya bercinta selama 9 tahun dengan suami dan berakhir dengan pernikahan pada 26 Februari 2010. Semoga kasih kami tetap utuh..insyallah.. 8. Saya seorang yang tak banyak cakap tapi kalau nak lawan cakap insyallah saya menang 9. Saya seorang yang suka mengalah kecuali dengan ….. 10. Saya suka menyanyi dalam kereta terutamanya bila dengan dia tapi kalau karaoke macam hampeh gile.hehe 11. opss lupa nak bagi tahu, saya seorang pensyarah untuk sebuah kolej yang kecil2 sahaja. 12. Saya berhati batu walaupun tengok orangnya macam lembut je..(hubby tahu tentang ni) 13. Saya sayang g

ISTERIKAH AKU

tadi search internet tentang tanggungjawab seorang isteri...ada satu petikan tu mengatakan "Menjadi isteri memerlukan kelayakan yang cukup . Wanita yang berhati batu, tidak pandai memujuk suami , sering menuntut hak dan mengada-adakan masalah , tetapi gagal menunaikan tanggungjawab , tidak layak menjadi suri rumah, apalagi menjadi ibu kepada anak-anak yang bakal menyambung zuriat. " Sungguh dalam maksud petikan tuu... "Perlu diingat, kalangan lelaki ada juga yang hanya berfikir tentang haknya, tetapi lupakan tanggungjawab. Selalunya orang ini sombong atau besar diri, tidak sudi melihat keperluan pada pihak lain. Rumah tangga Islam perlu didirikan di atas hak dan tanggungjawab bersama, mengikut kaedah yang dinyatakan dalam al-Quran, iaitu isteri-isteri mempunyai hak yang sama, seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka. Dalam pada itu orang lelaki mempunyai satu darjah kelebihan, (al-Baqarah: 228). Satu darjah kelebihan yang dimaksudkan ialah menjadi ketua kelu

PENGGUNTING RAMBUTKU SAYANG

Imej
Sumber pic : pakcik google yang hensem kisah ini berlaku pada hari jumaat lepas. balik kerja aku dijemput oleh hubby. kami ke TF value Mart (ehh..terserempak dgn ju n viosnya baru keluar dari TF). kami ke sini pun nak beli barang dapur. banyak yang dah habis. disebabkan dah lewat petang, balik2 aku terus menunaikan tanggungjawab pd Yang Maha Esa. kemudian menunaikan tanggungjawab perut hubbyku yang perlu diisi, minum petang la apa lagi. petang tu aku buat simple2 je. nugget tempura favourite dia n air nes o panas..emm best..selesai minum dah hampir jam 7 malam. kami solat berjemaah dulu and then aku sambung masak untuk makan malam. ayam masak kicap je malam ni. walaupun simple, tapi dia kata kena dgn selera dia sebab aku letak cili api kasi berapi sikit....hehe dia dah plan hari ni nak potongkan rambut aku. masuk ni dah 2 kali dia jadi tukang gunting rambut tak bertauliah. sebenarnya ada gak cita2 dia nak jadi tukang gunting rambut. tapi yang kesampaian hanyalah mengguntingan rambut