Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

SALAM RAMADHAN

Imej
Salam ramadhan semua. Harap tak terlambat wish. Ya Allah terlalu lama rupanya aku tak menghapdet blog ni. Nak kata tak ada masa tak juga. Cuma mungkin belum ada idea nak tulis apa kot. Walau bagaimana pun (ceh, mcm ayat dalam karangan BM lak), aku rasa belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan iaitu bulan yang mulia. Bulan di mana kita harus bermaaf-maafan sesama kita. Bulan ini juga kita harus memaafkan kesalahan orang lain supaya hati kita bersih dan mudah menjalankan ibadah puasa. Biasanya kan time hari raya je kita mintak maaf kan? Kan? So aku dengan rasminya meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan tersinggung perasaan sesiapa dari awal blog ini ditubuhkan. Mintak maaf ye pembaca semua. Semoga kita lebih bahagia dan ceria. ;) Bulan ini juga kerajaan bagi bonus kepada semua kakitangan kerajaan. Wah syok nye dapat gaji lebih. Walaupun hanya separuh gaji, tapi berbaloi sangat2 dari takde. Duit tunggakkan pun insyallah masuk bulan ni gak. Mata dah