Raya Nak Dekat...

sumber: thanks pakcik google..(gambar sebenar akan diupload kemudian)

kawan-kawan..dah siap ke segala persiapan raya? tinggal beberapa hari je lagi. ishk, macam sekejap je puasa kali ni. tup tup dah nak raya. alhamdulillah setakat ni puasa berjalan lancar. solat terawih pun lancar gak walaupun hanya ditunaikan di rumah je. alhamdulillah. malam ni lepas berbuka aku nak buat biskut raya. duduk sorang2 boring gak. so oven dah ada, hadiah kahwin yang baru nak dirasmikan. resepinya adalah:


BISKUT FAMOUS AMOS:

Bahan-bahannya adalah:
1 cawan butter
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bicarbonat
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dulu lepas tu baru mesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips
1/2 s/k garam
9 oz. chocolate Cadbury (parut, kalau takde tempat parut, korang racik2 sederhana halus je..9 oz ni macam lebih kurang coklat saiz sederhana tuu)
2 biji telur (kalau telur ayam kampung yang kecik2 tu pakai 3 ye..)
1 s/k baking powder
1 1/2 cawan chopped nuts (aku gune hazelnut je. tapi kalau nak lagi best campur la almond & kacang2 lain skali)
1 s/k esen vanilla


Cara:

1. Pukul butter dan gula hingga gebu.

2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.

3. Masukkan chocolate chips, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.

4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.

5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.

Insyallah kalau hasilnya menjadi, aku akan publish dalam blog ni ye..

Ulasan

  1. Sue,

    kita suka biskut ni tapi malas nk membuat nyer huhuhuu

    BalasPadam
  2. eira..buat la.kalau time tak raya pun boleh buat. untuk minum petang ke..makan saje..best..

    BalasPadam

Catat Ulasan

hi..hantar la kumen..jgn malu2 k.. :-) i won't bite

Catatan popular daripada blog ini

Atomy best ke?

KEK BATIK...hmmm..yummy

student bergaduh??