Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Untuk Aina

Imej
Anakku.....   Bila mama boleh memilih   Apakah mama berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu..   MAKA MAMA AKAN MEMILIH MENGANDUNGMU..   Kerana dalam mengandungmu mama merasakan keajaiban dan kebesaran Tuhan...   Sembilan bulan nak...engkau hidup diperut mama...   Engkau ikut kemanapun mama pergi...   Engkau ikut merasakan ketika jantung mama berdegup kerana kebahagiaan...   Engkau menendang rahim mama ketika engkau merasa tidak nyaman,kerana mama kecewa dan mengurai air mata...   Anakku.... Bila mama harus memilih apakah mama harus operasi caesar,atau mama harus berjuang melahirkanmu   MAKA MAMA MEMILIH MELAHIRKANMU... Kerana menunggu dari jam ke jam...,minit ke minit kelahiranmu.......   Adalah seperti menunggu antara memasuki salah satu pintu surga   Kerana kedasyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat mama rasakan...   Dan saat itulah kebesaran Tuhan menyelimuti kita berdua....

NUR AINA IWANI

Imej
Anak ooo anak. Post kali ni nak cerita pasal anak. Aina, masih baby tapi kadang-kadang mengaku macam dah besar sgt. Hehe…geram dengan aina. Suka sgt bila time dia nak menyusu. Kepala siap senget2 lagi nak susu kite. Sampai papa dia pun menyampah tgk aksi aina masa nak susu. Aina aina. Mama sayang aina sgt. Semalam kononnya nak jalan2 window shopping. Last2 masuk kedai emas, tgk2 gelang tangan untuk aina. Try pakaikan dia macam comel gile tgn dia. Last2 g keluarkan duit terus beli gelang utk aina. Bile aina pakai asik a dia nak goyang2 kan tangan dia yang ada gelang tu. Siap ada love n loceng lg. lagipun emas tgh jatuh skrg ni. Lebih baik melaburkan duit beli emas kan? aina mama kalau keluar tak pernah takde orang yang akan tegur dia. ada je yang akan tegur. mata bulat la, pipi tembam la. comel la. hehe. bile tiem keje asik je rindu kt aina. rasa nak cepat je nak balik rumah. penantian 2 tahun kan...mungkin tu juga sebab kite rasa sayang sangat pada dia.