Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

CAHAYA MATA MAMA

Imej
Cahaya mata mama   Sayang, Hadirmu memberi sinar baharu dalam hidup mama, Masih mama ingat lagi raut wajahmu yang kemerahan sewaktu pertama kali kau menjengah dunia, Tangismu, tangisku, tangis papamu, Kami amat mensyukuri kehadiranmu.   Sayang, Kau membesar sebagai anak yang cantik, Kau petah dan pandai bercakap, Kau anak yang cerdik, Mama bangga melahirkanmu.   Sayang, Makin kau membesar, Makin kerap mama memarahimu, Ada sahaja salahmu di mata mama, Mama minta maaf sayang, Marahku untuk kau membesar menjadi anak dan insan yang berguna, Mama ingin hidupmu berjaya, Mama ingin kau berakhlak mulia, Mama ingin segala-galanya untukmu sempurna.   Sayang, Maafkan mama jika kau terasa di atas segala ketegasan mama, Jauh di sudut hati mama seluruh kasih dan sayang mama adalah untukmu, Mama sanggup curahkan segalanya untukmu.   Sayang, Kau anak mama, Kau anak kesayangan mama, Kau harapan mama dunia dan akhirat, Mama se

SAYANG KU FIRAS ZAFRAN

Imej
Sayangku Firas Zafran Seronoknya melihat  kau membesar menjadi anak yang bijak Gembiranya melihat kau melafazkan perkataan "mama" Bahagianya bila kau memerlukan mama setiap masamu Sayangku Firas Zafran Kau anak mama yang kacak, bulat dan manja Kakak Aina kata, kau mengada-ngada Kakak Aina kata, " Kakak sayang adik, mama dan papa" Mama sayang kakak juga Sayangku Firas Zafran Kau harapan mama menjaga keluarga kita Kau harapan mama menjaga kakak Aina Selalu mama pesan agar kau menjadi pelindung keluarga kita Banyak anasir di luar tu sayang Banyak dugaan yang telah dan akan kita tempuh Kita sama-sama tempuhinya ye sayang-sayang mama Sayangku Firas Zafran Jadi anak mama yang berguna ye sayang Jadi anak mama yang berjaya di dunia dan akhirat ye sayang Mama sayang Aina, Firas dan papa selamanya