Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

3rd HONEYMOON AFTER 9 MONTH

Imej
selama 9 bulan berkahwin ni kami dah 3 kali honeymoon. bukan lah honeymoon sgt, cuma bercuti je la. lebih kurang la tuu. kali pertama di Tioman, kali kedua Genting dan baru2 ni di Cherating. tak plan sebenarnya nak tidur sana. plan untuk mandi laut je..tapi bila sampai sana tak tau nak parking mana. so g la counter pertanyaan tu konon2 buat2 tanya harga bilik sebab takut dia tak kasi letak kereta kan..tiba2 makcik (owner chalet tu) keluar tgk ada kereta depan pejabat dia. makcik: ada buat tempahan ke? (alamak mcm ne ni, kita tak nak sewa) bee: ktorng nak tanya, berapa sewa bilik kat sini cik? makcik: sini bilik ada kipas RM 80, aircond RM 100. kalau yang besar sikit RM 130. nak sewa yang mana? Ktorg: ermmmm (saling pandang memandang) apa nak ckp ni..bee: kalau sewa sekerat hari lak mcm ne makcik?(eleh tanya mcm nak sewa je) makcik: sekerat hari? nee: ala, kalau nak sewa takyah la sekerat hari. terus je la tidur sini.. bee: wah2..kata tadi nak tanya je... ni nak tidur sekali. baju tak b

DIA DI SISI KU

halloo... setelah selesai kerja2 yang patut dibuat (takwim n laporan u kualiti dah siap) dan dah dihantar pada tuan punya badan, aku memulakan kerja2 menghapdate blog. petang ni ada kelas ganti dengan Erwan (student OKU yang agak pandai tu). senang nak ajar dia ni. cakap sekali dia boleh ingat. kalau la student2 lain mcm ni gak, alangkah mudahnya nak mengajar. kemarin hubby cakap nak datang sini hari khamis (sehari je). walaupun sehari kira ok la dari tak jumpa. lagipun baru je 2 minggu tak jumpa. kira awal lagi la kan..memandangkan gaji bulan ni dah masuk, apa lagi..kena la jumpa.kan2? yang sedihnya last minute dia ada emergency call pagi2 khamis tu. so terpaksalah balik kerja lewat sikit. so apa jadi dengan plan kami ni?? tak jadi la nak jumpe. nak dekat tengahari kan..perjalanan dah 3 jam lebih. habis tu nak sampai sini pukul berapa? nak balik melaka lak pukul berapa??? bencinya. so aku pun faham la keadaannya. nampaknya terpaksa la melupakan hasrat nak berjumpa tu. lupakan je la su

FIKIRAN PERLU POSITIF

Imej
memandangkan kekurangan plus kemalasan aku mencari idea untuk meng update blog, aku melupakan tugas2 yang sepatutnya aku buat ni. apa yg perlu ditulis ye? ermm..kat sini ada beberapa ibu yang telah melahirkan baby2 comel. dan ada gak yang tengah sarat mengandung. tunggu hari je nak deliver. tahun 2010 antara tahun yang banyak baby2 baru dilahirkan. to the babies " Welcome to the World,cutie". ada juga yang baru pregnant. bila lak turn aku ek?hihihi..belum ada rezeki kot...Allah akan bagi yang terbaik untuk hambaNya kan? baby Farisha Nur Qaisara Bt Zaimi (anak kak teh). mata bulat n pipi tembam. eee...cubit kang.

RENTETAN PERISTIWA PEMERGIAN BABA KU...

Rabu, 6 Oktober 2010, jam 4 petang Aku sedang sibuk dengan kerja-kerja di ofis. menanda tugasan dan kuiz pelajar yang perlu disiapkan secepat mungkin untuk diberi markah. Telefon berbunyi. Aku lihat di skrin tertera nama Alang, kakak ku. Alang cakap baba sakit tenat di hospital. sepatutnya baba keluar hospital hari tu. tapi bila sorong baba turun lif, baba terlentok kat kerusi roda. baba lemah sangat. baba pengsan. alang dan along menyorong baba semula ke wad. kemudian doktor mengarahkan semua nurse-nurse cepat bertindak. suasana pada petang tu jadi kelam kabut. doktor cakap jantung baba bedenyut pelahan. doktor suruh panggil semua anak-anak dan saudara mara untuk melawat baba. pesakit dan pelawat semua melihat kejadian tu. memang masa tu ramai yang fikir baba dah takde harapan lagi. dengan segera alang menelefon semua adik beradik kami, termasuklah aku. baha terus amik aku dari melaka. kami sampai jam 1.30 pagi. terus kami ke hospital. aku tengok baba dalam lampu yang malap, belum tid

KEK BATIK...hmmm..yummy

Semalam berbekalkan sedikit kerajinan, aku memulakan kerja2 membuat kek batik. sebenarnya sebelum raya lagi aku dah terfikir nak buat. tapi disebabkan susu pekat takde, so tergendalalah niat hati tuu.. so semalam aku merajinkan diri buat kek batik sebab nak kasi kat jiran belakang rumah, kak ida. hari tu dia ada bagi mee goreng dengan kek birthday anak dia, Halim dalam bekas plastik. takkan aku nak hantar bekas kosong kat dia ye tak??? adat orang melayu, kalau jiran bagi makanan dalam bekas, kita kenalah pulangkan semula bekas tersebut dengan berisi makanan. aku decide nak buat kek batik sebab nanti terus letak dalam bekas plastik tu. boleh bagi terus pada kak ida. cara buat kek ni lebih kepada main campak2 je. takde kuantiti yang specific. KEK BATIK suhaila1921 ;-) marjerin ( 2 sudu kira ok dah) telur (1 biji je nak kasi lembut) susu pekat ( secukup rasa, ala, macam buat air milo tuu) gula (secukup rasa) coklat masakan (suku bar, setengah bar pun ok gak bergantung kepada berapa banyak

LAGI-LAGI TEKANAN

Imej
aku selalu gak tengok2 apa yang biasa orang search dalam blog aku ni melalui Live traffic feed...banyak yang search Tekanan di Tempat Kerja..tajuk tu yang paling famous. kenapa ye??? i'm curious to know why people always search this sentence. hmmm.. maybe they have to do a research about it, maybe because it happen to them and they want to solve the problem, maybe and just maybe. selain daripada tekanan ditempat kerja ada juga yang search "suhaila1921" kat google. ceh..rasa macam famuos lak aku ni. masuk bakul angkat sendiri la..tu la, sape suruh korang search suhaila1921..kan dah kantoi...hehehe..takde la, aku gurau je. kiranya ada gak la peminat blog aku yang selalu tak hapdate ni. terima kasih la atas perhatian pembaca2 semua. ni yang rasa bersemangat nak hapdate blog every day paling kurang pun every week kira ok la tuu. ok la...HAPPY READING ;-)

AYAT-AYAT CENTA

Imej
Sayang, pernah suatu waktu, bila hati ini dalam kesepian, akan ku lihat bintang malam, kerana bagi ku, bintang adalah penyinar di langit gelap, dan bagi ku kau adalah penyinar hidupku... Kau tahu sayang betapa hati ku mengharapkan mu, betapa aku merindui mu, betapa aku memerlukan mu, betapa aku kasihkan diri mu, betapa aku terseksa kerana berjauhan dari mu. Ingatlah sayang, kau pertama dan kau jua yang terakhir dalam hidupku. Kata mu, desir ombak di pantai itu mendamaikan, kata ku, lembut alunan ombak itu memberi ketenangan. Kita menari dalam satu rentak yang sama, dalam satu irama, senada, mengikut alunan ombak SAYANG... Cinta datang tanpa dipaksa, cinta hadir tanpa sedar, cinta tidak perlu dilafazkan, bila tiba saatnya, cuma genggam erat, tidak perlu dilepaskan...

KENDURI KAWEN KAK NOORA

Imej
Sabtu lepas aku dan hubby pegi rumah kak noora, member satu kolej. ramai gak yang datang majlis kak noora. meriah...rumah dia area Machap, simpang renggam. kalau dari melaka dalam 1jam setengah la. sempat gak la buat tahi mata dlm kereta jap. kesian hubby, pandu sorang-sorang. hai..nasib la dapat bini suka tido dlm kereta..sorry ye bee.ni gambar sekitar kenduri kak noora and hubby dia ruzaimi..congrates to both of u. Meeting orang2 lelaki Me n Liza diapit 2 orang anak dara (Dini n MAi) Group kaum Adam... Mata Kak Noora yang besar n cantek.. Saat menunggu pengantin lelaki datang.. Sempat sengih..peace norsiah.. TOL terakhir..mak Andam (annur) dapat RM 100..masyukk tu..