BUKIT TINGGI RESORT DAN AVILLION PD
27 hb Nov kami bercadang ke bukit tinggi. percutian ni secara on the spot. kami rancang nak tidur sana tapi tak booking lagi (satu kesalahan semasa bercuti). baju dah pun kami bawa bersama dengan harapan dapat tidur sana dengan suasana sejuk waktu malam..ermm mesti nyaman kan..?duit?sejumlah amaun yang sangat sedikit kerana kami fikir atas sana ada atm machine. tempat high class kan, mesti ada atm...(satu kesalahan lagi). tiket masuk berharga RM 12/ head untuk dewasa. kanak2 aku tak sure. huh..nasib baik masih cukup lagi duit dalam wallet ni. alhamdulillah. hubby meringankan mulut bertanya pada ticket girl " dik, kat sini ada atm machine tak?" girl tu:" takde la bang. kena pakai kredit card je. kami...?takkan nak turun balik semata2 keluarkan duit..no2..nampaknya harapan nak tidur sini menikmati suasana sejuk tak kesampaian la..hampa je..walaupun hampa, kami masih lagi menikmati permandangan indah di bukit tinggi. macam over the sea la..
Japanese Tea House
Colmar Tropical
angsa ni sangat comel dan putih bersih. siap terangkat lagi kaki dia tu..
ape? tak puas hati ke?
wishing well
orang portugis selling cookies..
hari semakin petang. lewat jam tujuh baru la kami gerak , turun dari bukit tinggi. perut semakin lapar. tak sabar nak ke hentian Genting sempah sebab kat situ ada atm dan makanan..yummy..
sesampainya di hentian tu kami mengeluarkan duit. baru lah cari makanan. menu malam tu, ikan keli goreng dan kuah sambal..dia, ikan keli goreng dengan kuah masak lemak. aku makan dengan berseleranya. tak peduli dah orang lain. ikan tu sampai tinggal tulang..erkkk..Alhamdulillah.
aku: bee, kita nak tidur mana malam ni..?
hubby: entah la sayang, bee pun tak tahu..
suasana senyap je. masing2. fikir nak pergi mana malam ni. takkan nak patah mentakab balik..tu la tak plan lagi sape suruh.
hubby: dekat2 sini ada pantai ke?
aku: mana ada kalau ada pun kat banting..
hubby: kita g PD nak tak? (kesalahan lagi ketika bercuti)
hah? jam dah menunjukkan pukul 8.00 mlm. agak2 nya pukul berapa kitorg sampai PD? (9.30 dah sampai..tapi dari satu hotel ke satu hotel kami pergi. baru je menapak nak tanya ada bilik kosong tak. last2 jawapan rutin yang kami terima " dah full house. hari ini banyak tempahan"
uwah..rasa nak menangis lak. kesian kat hubby sebab dia yang drive, dia yang kuar tanya hotel2 tu. rasanya dah 10 ke 15 hotel yang kami singgah tapi semuanya penuh. bayangkan perasaan kami malam tu. hubby cakap " nee, kita kena tidur surau malam ni"..sedih je.
last2 sampai ke palm spring resort pun dah penuh (tempat praktikal aku time diploma dulu). macam pelik lak palm sping resort dah penuh " bee, diorang ni tak penuh pun, dia tipu kita je tu. nee tau dulu nee pernah praktikal kat sini"..
takpe la. kami pusing balik ke teluk kemang. singgah lagi hotel2. takde gak yang kosong. perhentian terakhir di Avillion. cantik tempat ni. aku yang keluar tanya. nasib baik ada. tapi studio room rate RM 300++ tax. nak tak nak on je la. bilik nya sangat cantik sesuai untuk orang yang nak honeymoon. cantik sangat2..dan puas hati.
Ulasan
Catat Ulasan
hi..hantar la kumen..jgn malu2 k.. :-) i won't bite