SENGATAN LEBAH KELULUT

this pic was taken from the internet (hasanzainuddin.wordpress.com), not behind my house. credit for this website.tq

pagi ni tangan aku dah kecut. sirim pokok bunga main dengan air, mop dan basuh lantai, basuh baju, tuala, telekung, kain pelekat hubby..tangan kecut, pinggang pun sakit. macam orang tua lak. keje baru sikt dah ngadu sakit. hehe..

hari tiba2 lak tergerak hati nak sidai baju kat ampaian belakang rumah yang lama tak berusik tu. mula2 sidai tuala kat ampaian tu ok lagi. and then sidai kain pelekat. tiba2 "Aduh, sakit nye!!" lengan aku kena sengat dengan lebah. rupanya ada sarang lebah kat ampaian tu. banyaknya lebah. seram lak kalau kena sengat lagi. baru je aku nak betul2 kain pelekat tu, lebah tu terbang lagi. cepat2 tunduk tak nak kena sengat lg. nampaknya ampaian tu tak boleh diusik.so kain pelekat hubby dibiarkan sidai comot sebab takut kalau ampaian tu bergoyang aku kena sengat lagi lak. baju2 yang lain kena la sidai guna penyangkut baju. so lepas ni kena beringat la, ampaian tu tak boleh diusik.

tangan dah naik bengkak ni plus merah2. aku telefon hubby bagi tau hal tadi. dia kata tu lebah kelulut. 1st time dengar nama tu..kepada en hubby,sila buang sarang lebah tu bila anda ke sini ye. heeeeee ;-)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Atomy best ke?

KEK BATIK...hmmm..yummy

student bergaduh??