3rd HONEYMOON AFTER 9 MONTH

selama 9 bulan berkahwin ni kami dah 3 kali honeymoon. bukan lah honeymoon sgt, cuma bercuti je la. lebih kurang la tuu. kali pertama di Tioman, kali kedua Genting dan baru2 ni di Cherating.
tak plan sebenarnya nak tidur sana. plan untuk mandi laut je..tapi bila sampai sana tak tau nak parking mana. so g la counter pertanyaan tu konon2 buat2 tanya harga bilik sebab takut dia tak kasi letak kereta kan..tiba2 makcik (owner chalet tu) keluar tgk ada kereta depan pejabat dia.
makcik: ada buat tempahan ke? (alamak mcm ne ni, kita tak nak sewa)
bee: ktorng nak tanya, berapa sewa bilik kat sini cik?
makcik: sini bilik ada kipas RM 80, aircond RM 100. kalau yang besar sikit RM 130. nak sewa yang mana?
Ktorg: ermmmm (saling pandang memandang) apa nak ckp ni..bee: kalau sewa sekerat hari lak mcm ne makcik?(eleh tanya mcm nak sewa je)
makcik: sekerat hari?
nee: ala, kalau nak sewa takyah la sekerat hari. terus je la tidur sini..
bee: wah2..kata tadi nak tanya je... ni nak tidur sekali. baju tak bawak ni..
nee: boleh la bee...heheee..bee kan tak keje esok..kalau sekerat hari buat letih badan je nak drive blk mentakab.
bee: ye la nee. ktrog sewa sehari yang ada aircond la makcik
aku sengih je..mengena gak jarum aku ni..hehe..aku teringin nak tidur sana pada mulanya. tapi tgk hubby mcm nak tak nak je, sebab pagi2 isnin dia kena balik melaka, keje...dia kata takut penat lak nanti. so aku pun ckp takpe la kita mandi je kat cherating. jadi bila kata mandi, mesti la bawak pakaian lengkap untuk sekali pakai kan?? hehe..pandai tak?cuma tak de berus gigi n ubat gigi. small matter je la.yang lain kira boleh la nak tidur semalaman.
lepas check in kat Pak Itam Inn Cherating, kami drive ke kemaman. kat situ je ada atm yang berhampiran. so beli berus gigi n ubat gigi skali n barang2 yang perlu.
petang tu jam 3.00 petang kami mandi laut. syoknya..ombak tinggi sangat. tak berani nak mandi jauh2. kadang2 tenggelam kena pukul ombak. pedih mata..pagi esok jam 8 pagi kami mandi manda lagi. pagi tu ombak lagi tinggi dari petang semalam. ombak laut china selatan memang best..bila lagi nak datang sini lagi...
untuk pengetahuan semua yang teringin nak datang sini, senang je..Cherating dalam Kuantan menghala ke Kemaman. kira kalau lalu Lebuhraya Pantai Timur, kita kena masuk tol Jabor. aku check in kat Pak Itam Inn sebelah Hotel Legend. senang sgt nak cari. aku suggest kan kat sini sebab harga murah dan tempat sangat damai..kalau nak buat barbeque boleh tempah. kalau tak silap RM 70.00 satu set. ok la kan..on the way ke sini kami hampir sesat sebab signboard kurang. tu je la kelemahan cherating ni. kami sesat sebab tak tau kat mana pantai cherating, walaupun dah jumpa pantai tapi kami tak tau pantai mana patut kami parking...pihak yang berkaitan mungkin boleh ambil tindakan supaya pengunjung mcm kami ni yang tak pernah sampai sini, tak sesat.

rumah penginapan kami, no 4...
petang tu jam 5.00 hujan lebat melanda kawasan ni. nasib baik sempat mandi pukul 3 tadi..
buah kelapa tu rasanya termasuk dalam sewa bilik kot...hehe.. syok ni kalau minum air kelapa muda.
gambar bersama mesti diambil sebagai kenangan...:)
menung apa tu sayang?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEK BATIK...hmmm..yummy

student bergaduh??

RAMADHAN DATANG LAGI