DIA DI SISI KU

halloo...
setelah selesai kerja2 yang patut dibuat (takwim n laporan u kualiti dah siap) dan dah dihantar pada tuan punya badan, aku memulakan kerja2 menghapdate blog. petang ni ada kelas ganti dengan Erwan (student OKU yang agak pandai tu). senang nak ajar dia ni. cakap sekali dia boleh ingat. kalau la student2 lain mcm ni gak, alangkah mudahnya nak mengajar.
kemarin hubby cakap nak datang sini hari khamis (sehari je). walaupun sehari kira ok la dari tak jumpa. lagipun baru je 2 minggu tak jumpa. kira awal lagi la kan..memandangkan gaji bulan ni dah masuk, apa lagi..kena la jumpa.kan2? yang sedihnya last minute dia ada emergency call pagi2 khamis tu. so terpaksalah balik kerja lewat sikit. so apa jadi dengan plan kami ni?? tak jadi la nak jumpe. nak dekat tengahari kan..perjalanan dah 3 jam lebih. habis tu nak sampai sini pukul berapa? nak balik melaka lak pukul berapa??? bencinya. so aku pun faham la keadaannya. nampaknya terpaksa la melupakan hasrat nak berjumpa tu. lupakan je la su...
tengahari tu aku n ju pergi bayar bil broadband. ada prob lak dengan pembayaran bil aku ni. ermmm...tak tau la salah CIMB ke Celcom tu sendiri yang tak update. aku dah bayar tapi tak masuk lagi dalam payment history. sabar je..dah setle semua, ktorg g makan.
dan macam biasa la report kena bagi kat hubby.
aku call dia
" bee, nee g makan kat Rahmat.Bee kat ne tu? macam dalam kete je"
dia jawab " bee g kedai.."
" eleh, bee tipu nee...bee g kedai ke g mentakab?heheh nak jumpe nee la tu"...
begitu la kesudahannya. rasa nak melompat pun ada. rupanya hubby jadi gak datang jumpa aku walaupun kejap. sesiapa yang dah berkahwin mesti tahu mcm mana perasaannya bila 1 hari tak jumpa. ni bukan 1 hari 2 minggu. walaupun takde la lama sangat 2 minggu tu, kira ok la nak menyimpan rindu tu..
so aku bajet malam ni la tu dia balik melaka. paling tak pun sok sebelum subuh dia gerak balik. sebab jumaat dia keje pagi.. macam tu la kehidupan kami. mungkin ada yang lebih teruk drpd kami.
malam tadi dia cakap
" nee...bee sebenarnya amik cuti hari jumaat n sabtu"
hehe...part ni yang aku nantikan ni. syok tak terkata..aku ingatkan 1/2 hari je dapat jumpa, rupanya 4 hari..best2.. suprise lagi ye bee...Luv him So much..
nee: "plan g mana bee sabtu ahad ni?"
bee: "kita g cherating nak tak?"
nee: nak2...bee bawak kamera tak?
bee: nee tak pesan, macam mana bee nak ingat..
nee: semua nee je yang nak kena ingat. mana la nee tau bee cuti lama.. :(
bee: yela2..
Kehidupan lebih indah bila sidia berada di sisi kita..
;-) TAMAT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Atomy best ke?

KEK BATIK...hmmm..yummy

student bergaduh??