operasi menembak gagak di KL

semalam aku baca dalam metro (minggu lepas nye metro, baru nak baca) ada entry mengenai operasi menembak gagak di area KL antaranya Jalan Duta, Jalan TAR. kira tempat2 yang banyak pelancong la. memang tempat tu banyak gagak. tapi takkan la sampai kena tembak. bak kata my lecturer dulu ms belajar kat UPm, " wildlife tak salah". lebih 400 ekor gagak ditembak untuk mengelakkan KL dr kelihatan kotor akibat najis2 burung gagak ni.
lecturer aku ckp dulu, gagak ni tak salah pun, dia akan duduk kat tempat yang memang kotor, sebab makanan dia kan sampah2 sarap. lecturer aku ckp lg, bukan aku yang cakap, apabila sampah2 di sekitar kawasan yang banyak gagak tu tidak dikutip secara berkala, maka populasi burung2 gagak ni akan bertambah disebabkan terdapatnya banyak makanan2 burung ni sekitar KL. so, dalam hal ni, lecturer aku cakap, bukan burung gagak tu yang salah, tp salah manusia yang tak tahu nak jaga kebersihan alam sekitar. sampah buang bersepah2, so gagak pun dtg la makan percuma.
kesian gagak tu kena tembak. dulu ms dlm kelas wildlife, kadang berair mata aku ni bila dengar cite dari lecturer aku tentang wildlife yang teraniaya disebabkan konflik antara manusia dan haiwan. sedih..
masa cite tentang gagak lak, lecturer aku ckp, dulu masa buat operasi tembak gagak, bila gagak tu kena tembak, terkeluar air mata kat mata gagak tu. so sama la gak dgn air mata aku ni, terkeluar gak. sedihnya. tak pasal2 gagak kena bunuh. walaupun, dia gagak jgn la sampai kita hukum gagak mcm tu. macam satu kejayaan lak bila dpt tembak 400 ekor gagak. kalau la gagak tu gagak betina, mesti anak dia kehilangan mak, kalau gagak jantan, anak dia kehilangan bapa..
semoga, operasi mcm ni takkan dijalankan lagi pada ms2 akan datang. semoga ni adalah operasi menembak gagak yg terakhir dijalankan. bersihkan bandar KL dengan sampah sarap sebelum mengambil keputusan menembak burung gagak yg tak berdosa tu.
aku minta maaf kalau entry ni buat mn2 pihak geram, bukan niat nak menyalahkan sesiapa, cuma untuk kesedaran kita bersama bahawa "wildlife tak salah"

Ulasan

  1. bagus2, aku setuju dengan engkau. makanan gagak tu sememangnya sampah. dah kawasan2 PBT yang hanya tidak jalankan kerjanya, maka banyaklah sampah di kawasan yang tersebut. manusia yang salah, gagak yang disalahkan. inilah manusia yang pentingkan diri dan tidak sedar akan kesilapan mereka, tp tidak menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan masalah, sebaliknya membunuh gagak yang tidak berakal.membunuh nyawa yang tidak bersalah. maknanya cerdik gagak lagi la daripada mereka.

    daripada,
    -aku gagak kelaparan-

    BalasPadam
  2. memang gagak tak bersalah. terima kasih la bg comment. ada gak orang yg prihatin tntg gagak ni slain aku.

    BalasPadam

Catat Ulasan

hi..hantar la kumen..jgn malu2 k.. :-) i won't bite

Catatan popular daripada blog ini

KEK BATIK...hmmm..yummy

KISAH BABY COMEL ;)

DIA DI SISI KU