KISAH SEORANG ISTERI

alkisahnye aku membuka email yang telah lama tak di update. berlambak email2 dari facebook. beratus2 email erpaksa dibuang ke dalam inbox. tapi takde la semuanya email dari facebook. ada gak email yang tak kenal siapa penghantarnya, email2 spam. lemas nak buang semua.
belek punya belek, nampak email yang seronok rasanya kalau dikongsi. so jom baca jap.

"Suatu subuh yang hening, seorang isteri bangun dari tidur seawal jam 5.30 pagi menunaikan solat subuh seperti yang sepatutnya seorang muslim lakukan setiap pagi. hari ini hari Ahad. kebiasaannya isteri itu akan tidur semula selepas solat subuh. tapi hari ini seolah-olah suatu hari yang paling dinanti-nantikan, berbeza dengan hari-hari yang lain. dia menyediakan dua bungkus nasi lemak yang dibelinya diluar. satu untuk suami, satu lagi untuk dirinya sendiri. pada fikirannya suami dia akan datang memujuknya hari ini, sesuatu yang suami patut lakukan memenuhi tanggungjawabnya sebagai suami. isteri itu fikir, mungkin suaminya akan datang senyap-senyap tanpa pengetahuan isterinya tentang kehadirannya itu. isteri bersungguh-sungguh nak jadikan hari itu sebagai hari yang akan memulihkan semula hubungan yang sedia renggang. akhirnya, isteri itu tertidur menanti kepulangan suami yang dikasihi. dia tertidur menghadap dua bungkus nasi lemak yang telah dibelinya tadi. dia sama sekali tidak tahu bahawa suami nya itu langsung tidak bercadang untuk berjumpa dengannya hari itu, cuma isteri itu sahaja yang berangan suami akan datang. si isteri itu jangka suami pasti akan datang tepat jam 11.00 pagi seperti kebiasaannya. dia tersedar dari tidur pada jam 11.30 lalu dia menjenguk keluar tingkap. sayu sekali hatinya melihat tiada kereta yang dinantikan itu. perut yang dari tadi telah mengeluarkan bunyi terpaksa la diisi tanpa teman. 3 minggu perut itu diisi tanpa teman. isteri itu menonton televisyen sambil menyuap perlahan-lahan nasi kemulutnya. air mata mengalir tanpa henti mengenangkan harapan yang musnah untuk jumpa suami pada hari tersebut. sangkaannya meleset sama sekali. isteri menangis tanpa henti. esakan seakan-akan tidak boleh diselindung lagi. suami hanya menunaikan tanggungjawabnya untuk bertanya khabar isteri pada jam 6 petang..

isteri itu terlihat kain pelekat peninggalan suami yang terletak dipenyidai kain. kain itu digunakan oleh suaminya untuk menunaikan solat berjemaah bersama dengannya. masih kuat lagi bau suaminya pada kain tersebut. isteri itu memegang, lalu mencium kain tersebut. iar mata menitis lagi tanpa henti. inikah rindu yang patut ditanggung oleh seorang bergelar isteri?beginikah nasib seorang isteri pada suami yang langsung tak faham isterinya? suami berpanh berjanji jangan sama sekali air mata isterinya menitis kerana sikapnya. janji itu hanya tinggal janji..isteri itu memendam rasa..

SELESAI..HEHE..jap nak nangis dulu. sedih la gak. aku letak ni just untuk bacaan umum supaya jangan la nasib yang sama menimpa isteri2 kat luar sane tu. mungkin dalam cerita ni kita tak tau apa masalah mereka sebenarnya. cuma sebagai wanita dan isteri aku faham perasaan wanita tadi.


jarang sekali kita dengar para suami memahami apa yang diinginkan oleh isteri. hati isteri terlalu lembut untuk disakiti. isteri terlalu sensitif. walaupun luaran dia adalah seorang yang tabah, tapi jauh disudut hatinya, dia amat lembut, mudah terguris. apabila berjanji, kotakan la. apabila bersumpah, jangan langgar sumpah tersebut.


jadi walupun kita isteri atau suami, masing-masing kena menunaikan tanggungjawab untuk kesejahteraan rumahtangga bersama. yang belum kahwin lak, jangan takut bila baca masalah-masalah mereka yang dah berkahwin. kadang-kadang bila aku baca masalah orang takut sangat kalau jadi pada diri sendiri. minta dijauhkan. tapi biasa la, resam rumahtangga, ada pasang surut nya. kan??

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEK BATIK...hmmm..yummy

student bergaduh??

RAMADHAN DATANG LAGI