KISAH BABY COMEL ;)

Assalamualaikum semua.


Lama sungguh tak berborak dalam ini blog. Hari Alhamdulillah aku dah masuk 30 minggu. Means 7 bulan setengah ada baby yang comel dalam perut ni. Makin lama makin besar. Sekarang ni dah rasa macam mengah sangat perut. Kadang2 tu rasa macam senak pun ada. Bila ingat2 balik masa first time tahu pregnant, sedih lak rasa nya. Lepas cek upt sorg2, tiba2 muncul 2 line. Alhamdulillah positif. Hanya Tuhan je yang tau perasaan time tu. Menangis dan terus sujud. Syukur sangat penantian yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Setelah hampir 2 tahun menunggu kehadiran buah hati yang sorang ni, last2 dapat gak rezeki ni. Terus telefon hubby yang time tu tengah keje. Mungkin dia pun terperanjat, tapi dia cakap, “ Tunggu bee balik malam ni ye sayang. Kita cek lagi skali ye malam ni”. Masa tu mata dah bengkak2 dah nangis sebab tak sangka sangat. Esok tu bagitau kat kak long, berair gak la mata dia bila dengar adik dia ni bakal jadi mama.

“Anak mama sayang, semua orang suka sgt awak hadir dalam hidup mama and papa. Jadi anak yang soleh dan solehah ye sayang. Mama and papa sayang awak sangat2.” Sentiasa aku pesan dan bercakap dengan baby. Supaya dia sentiasa ingat kata2 nasihat dari aku.

Ok tak nak dah cite sedih2. Sekarang ni barang2 baby dah banyak gak kami beli. Tp tak banyak sangat setakat yang perlu je. Lagipun baby cepat besar. Macam baju stakat ni baru ada 5 helai. Insyallah mcm nak tambah lagi.



Barang2 yang dah beli :

Baju baby 5 helai

Barut 4 helai

Lampin 10 helai

Tuala mandi 2 helai

Booties and mittens 6 helai

Selimut baby

Set tilam and sarungnya

Kelambu

Alas tilam (untuk tukar lampin)

Botol susu (yang ni aku sangat suka sbb teat dia almost like moms teat, MimiJumi)

Set Breast pump spectra3, ais gel, zip lock, travel bag,

Nursing pillow

Nursing wear

Bag baby

Minyak kelapa dara



Yang belum beli :

Set toiletries

Set bedak , losyen etc

Minyak baby

Pampers

Berus cuci botol susu

Baju baby nak tambah lagi 3 helai

Set bersalin and bengkung

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Atomy best ke?

SALAM RAMADHAN

MASUK KATEGORI APA?