Second will coming soon

Assalammualaikum,
Bulan November lepas terlalu banyak dugaan yang melanda. Dari awal bulan Nov hingga hujung bulan Nov dugaan tak henti-henti. Allah Maha Mengetahui segala apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Itu janji Allah. Dan Allah tidak akan membebankan Makhluknya sesuai dengan tahap yang mampu di harunginya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami sekeluarga dapat mengharungi dugaan yang maha hebat itu. Alhamdulillah sinar mentari telah pun menyinari kembali hubungan kami sekeluarga. Aina adalah sinar itu. SInar yang sentiasa membuatkan kami berfikir banyak kali apabila berlaku perselisihan yang melibatkan apa jua perkara.
Alhamdulillah juga hari ini genap 6 bulan kandungan ku yang kedua. Aina bakal dapat adik tak lama lagi. Suka sangat dia nak dapat adik. Kadang-kadang dia cium perut aku. dia selalu kata " Kena sayang adik, main sama-sama, jangan pukul adik"... Terharunya bila anak sekecil itu dapat berkata-kata macam orang besar. Sayang sangat mama pada Aina. Sayang yang tak terhingga. Aina baru mencecah 2 tahun 3 bulan, tapi banyak benda yang dia dah tahu. Dah pandai bercakap macam orang besar. Dah boleh ajak berbual...Bijak. Harap-harap adik Aina pun jadi macam Aina, Pandai, Rajin, Keletah yang buat semua orang suka. Pantang nampak aku siram pokok, dia akan tolong sampai bertakung air dalam pasu. Bila papa dia tutupkan air paip dia membebel suruh buka air paip tu. Dia kata belum habis siram lagi pokok. Dah nak mati pokok mama sayang..Kalau aku lipat baju, dia akan tolong sekali tapi lipat baju dia je. Walaupun tak cantik dan tak kemas, tapi aku redha je. Maklumlah budak 2 tahun punya lipat baju. Bila dah habis lipat, dia masukkan baju dia dalam almari. Aku, biarkan je la. Nanti bila dia tak perasan baru aku ambil blk baju-baju tu, lepas tu akau lipat dan simpan semula dalam almari. Aku tak nak dia kecil hati bila hasil lipatan baju dia aku lipat balik. Biar nanti bila dia tak perasan baru aku betulkan balik. Aina anak yang rajin. Aku harap sangat dia akan sayang adik dia sebagai mana aku sayangkan Aina. Hari tu aku ada scan dan doktor kata kemungkinan anak lelaki. Tapi aku redha sekiranya anak lelaki atau perempuan, insyallah kedua-duanya akan aku sayang dan akan aku didik dengan baik. Itu amanah Allah, walaupun kadang-kadang naik juga tangan ni kalau dah sampai tahap marah sangat. Walau apa pun, kasih sayang mama hingga ke syurga buat Aina. Mama juga doakan agar anak dalam kandungan mama sihat, sempurna sifatnya, rajin, baik, dengar kata dan berjaya di dunia dan akhirat...Aminnn...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Atomy best ke?

SALAM RAMADHAN

MASUK KATEGORI APA?