hadiah buat diri sendiri

Salam semua.
Alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga mengganti puasa. Liat sungguh nak ganti puasa ni. Jadi sempena hari terakhir ni, aku nak beri penghargaan buat diri sendiri. Walau pun orang lain tak buat, aku nak buat gak. Aku menghadiahkan diri sendiri dengan BLACK PEPPER CHICKEN WITH MUSHROOM SAUCE. Wah..dengar mcm best je. Bukan nak beli tau, tapi nak try buat sendiri. Atas galakan dan dorongan sang suami, aku akhirnya menapakkan kaki ke TF Value Mart untuk beli barang2 basah khas untuk buat ayam black pepper tu. Ada beberapa bahan yang dah ada kat rumah. So tadi lepas balik keje aku beli ayam (bahagian dada, harga RM 2.05), mushroom butang dalam tin RM 2.90 ( ada banyak tapi aku guna 3 ketul je), kentang timbang (aku ambil sikit je, lepas timbang harga dia RM 0.66 sen je) dan susu segar kecil RM 3.00.

On the way nak balik aku bertembung dengan ustaz S naik motor, aik, lambat ustaz S balik. So aku ambik side sikit bila nak potong motor dia. Takut bile motor ada sebelah. So minyak ditekan memecut tinggalkan ustaz S. bye Ustaz. Hehe..Last2 nak masuk simpang bertembung lagi dgn dia, sengih memanjang je tgk anak buah dia . dia lak yang potong kita. Takpe2.

Sesampai je di rumah tanpa membuang masa yang sungguh emas tu aku membersihkan ayam. Dan mula memasak. Ayam tu perlu diperap dengan bawang putih, bawang merah, halia, sos tiram, black pepper jenis kasar dan garam untuk menaikkan rasa nya. Sepatutnya ayam ni kena masak dalam microwave. Aku dah panaskan microwave tu pada tahap high dlm 9-12 minit. Lepas dah bunyi tik, aku masukkan ayam yang diperap tadi, bila putarkan timer nya, terus tak berfungsi lagi. Hahhh.. apa aku nak buat ni. Alunan lunak cd ayat2 Quran dah berkumandang kat masjid sebelah rumah menandakan lagi beberapa minit je nak azan. Wahh..rasa nak nangis je ni. Dah la baru 1st try.

Dengan pantasnya aku meletakkan ayam tadi atas aluminium foil dan bungkus supaya udara tak boleh keluar. Panaskan kuali dan letak ayam berbalut aluminium foil tadi atas kuali. Lega..nasib baik ada aluminium foil saat2 cemas macam ni. Dalam 5-8 minit ayam tadi masak.
Aku lak dengan segera menggoreng kentang. Kentang yang dah siap digoreng digaulkan dengan garam.

Sos lak paling mudah. Patutnya kena guna butter, tapi kalau aku beli butter mana nak letak. Kat rumah ni bukan ada peti ais. So aku guna minyak masak dalam 1 sudu je lepas tu letak susu 1 cawan. Bancuh tepung 1 sudu dengan air. Masuk dalam kuali td. Masukkan mushroom yang dah hiris nipis2, black pepper, kicap manis, garam. Biar pekat.

Dan serve kan dengan bahan2 yang tadi. Nak tengok hasilnya?Taadaaaa… Hasilnya sangat superb. Boleh dihidang untuk suamiku..








fresh milk lebihan buat sos tadi jgn membazir. gunakan sebagai minuman berbuka puasa.


selepas bebrapa minit. ahh..lahap sungguh perut aku ni. tapi yang ni akan dimakan malam sikit. tak larat dah nak habiskan semua. kenyang bangat ni



Ulasan

  1. erm...bestnyer...bleh la kaknor merasa nanti ek...

    norsaritanaini.com

    BalasPadam
  2. insyallah.entah bile agaknye tu.kak nor try la buat nant.sedap..folo resepi yg kat atas tu.mudah n cepat

    BalasPadam

Catat Ulasan

hi..hantar la kumen..jgn malu2 k.. :-) i won't bite

Catatan popular daripada blog ini

KEK BATIK...hmmm..yummy

student bergaduh??

RAMADHAN DATANG LAGI