Kenangan CINTA AKU DAN DIA

su luv baha

Aku kenal dia semenjak zaman sekolah lg. Time tu aku n dia Form 1. Ktorg berutus surat je. Kadang-kadang dia telefon, tp guna telefon rumah n publik je la. Maklumlah zaman dulu2 mana ade Handphone. Aku respek dia ni, rajin tepon n hantar surat kat aku. Walaupun ktorng bukan satu sekolah, dia tetap tak lupa contact aku tiap2 bulan, kadang-kadang Setahun gak la tak dengar kabar. Tapi at least contact la gak. Masa Form 2 dia ada approach aku. Tapi aku tak layan, maklumlah aku cakap masa tu aku baru budak hingusan, so aku taknak la couple dgn dia.
1st ktrng jumpa bertentang mata masa raya lepas SPM. Masa ni aku dah masuk berlajar kat upm. Dia lak on da way nak masuk rekrut bomba. Syok nya time ni sebab aku dapat jumpa dia face to face. Dalam hati aku kata “ handsome gak mamat ni”. Aku ni bukan apa terdetik je dalam hati. Tak sedar diri lak tu, patutnya aku cakap, sapa la aku ni, tak sepadan dengan dia..huhuhu.. merendahkan diri yang dah sedia rendah..

Lepas tu je aku dilamar oleh sidia untuk menjadi pasangan kekasih..bak kata org, ‘kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan’. Dari situ, bermula la episode percintaan kami. Tarikh keramat 9 Januari 2002 menjadi penentu hubungan kami. Dia seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab, almaklumlah, abang sulung..aku ni lak bongsu, dah padan sangat la tu.

Bercinta punya bercinta, akhirnya mati ditengah jalan. Masing-masing frust menonggeng, tapi dia lagi la frust sebab aku yang mintak putus. Berat sebenarnya kepala nak fikir mana nak belajar, mana nak bercinta. So, akhirnya, saat-saat manis bersama tinggal la jadi kenangan. Tiada lagi aku dan dia.

Hampir 2 tahun juga la kami menyepikan diri. Aku contact dia lagi masa akhir tahun 2003. dia terkejut sebab tak sangka aku ni ingat lagi dan masih lagi nak berhubung dengan dia. Aku memang takde niat apa2 pun. Aku takde lak nak couple balik dengan dia. Tapi, biasa la, bila kenangan lama muncul balik, aku rasa macam sayang tu ada lagi untuk dia.

Bila borak punya borak, last2 dia kata dia dah ada GF masa tu. Aku pun frust la gak. Menangis jangan cakap la byk mana..sedih babak time tu. Tapi yang tersentuh nya, dia pun menangis sama dalam telefon dengan aku. Dia kata dia mintak maaf sebab kecewakan aku, dia tak sangka aku muncul balik. Dia baru couple sebulan dengan GF dia a.k.a sepupu dia. Dia kata sayangnya kat aku masih ada 100% tapi sayang nya pada GF baru dia 10% je. Aku taknak percaya, so aku kata baik aku je berundur diri. Aku tak nak kacau hak orang. So kami berpisah buat kali kedua. Kali ni aku la yang paling frust menonggeng berbanding dia. Ikuti sambungannya…


Ulasan

  1. bestnye crita cinta akak..hope kekal smpi bila2 ek akak..amin..:)

    BalasPadam
  2. cepat lah sambung plak yer...eden tak sabar nak dengar ni......kongsi2 cerita..cam best gak..ngn bodak bomba lagi...

    BalasPadam

Catat Ulasan

hi..hantar la kumen..jgn malu2 k.. :-) i won't bite

Catatan popular daripada blog ini

KEK BATIK...hmmm..yummy

student bergaduh??

RAMADHAN DATANG LAGI