KERJA BENGKEL

Mai ngah setting mesin ketam

5 lawan 1..kuat nye mariam

Pelan Wakaf (untuk buat pagar)


Aku tak sure macam mana gambar ni boleh terhasil. Aku tiada kaitan dengan lakonan di atas. Hahah..lini siap pakai penyerap bunyi lagi tuu..liza nak gergaji ye wakaf tu? Penat2 buat nak roboh kan ye?wah3x..




Jumaat 19/6/2009

Hari ni memenatkan, sebab kami yang 12 orang baru daftar kat sini, sambung kerja kami yang terbengkalai dulu akibat urus student masing2 exam. Dulu masa mula2 masuk kolej ni kami 12 orang diberi tugas @ projek untuk buat wakaf dan landskap. So sekarang ni landskap belum buat lagi, Cuma kami tengah bertungkus lumus siapkan wakaf dulu. Agak besar la wakaf ni. Tapi syok gak sebab rasa macam tak sangka je boleh buat wakaf sebesar ni. Tenaga perempuan 10 orang, tapi tolak satu yang tengah bercuti bersalin, so tinggal 9. lelaki 2 orang. Salah sorangnya adalah tok guru kami. Dia expertise tentang pembuatan perabot. So kiranya kami yang 10 (9+1) ni adalah tenaga kerahan yang menurut perintah. Hahaha..




Masuk hari ni dekat 3 bulan kami buat wakaf ni (tambah tolak dengan student exam, buat hal sendiri, busy dll). Kira lama la gak bertukang ni. Setakat ni yang masih belum siap, bumbung wakaf, tangga, pagar depan tangga. Selebihnya kitrg sambung minggu lagi satu, sebab minggu depan ni (22 – 26) 2 orang orang kuat g kursus. So yang perempuan2 ni mana la reti tanpa tunjuk ajar guru. At least dapat berehat jap.

Tadi kitrg pasang pagar keliling wakaf. Lepas tu, ketam kayu untuk buat pagar depan n tangga. KETAM… penat gila. Macam nak tercabut tangan ni. Kayu besar2, yang belum potong lagi. Ada berapa orang satu team untuk tolak kayu dala mesin ketam, dan selebihnya tarik kayu yang keluar dari mesin ketam. Yang tolak mungkin boleh sorang je dah cukup. Yang menarik kayu tu lak kena sampai 4 – 5 orang. Kalau tak percaya, tengok gambar ni. Aku nak tergelak pun ada. Sebab tak sangka macam ni rupanya ketam kayu. Penat dan sakir jari.



Dah lepas ketam kayu, ktrg buat pagar dan design tangga yang samada nak buat tanggam atau paku terus je. Last2 ktrg decide paku biasa je. Kalau nak buat tanggam memang la kemas, tapi leceh la. Dua2 pun ok je sebenarnya.

Aduh..bengkel ni dah la panas. Basah lokos baju kemeja aku. Sabar2…waktu rehat solat jumaat tu, ktrg berenti jap. Pastu dalam jam 3 petang sambung balik buat kerja. Hari yang MemenatKAN …

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEK BATIK...hmmm..yummy

student bergaduh??

RAMADHAN DATANG LAGI