Catatan

Atomy best ke?

Imej
PRODUK ATOMY OK friends.. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak share sikit tntg magiknya produk Atomy. Best gile weh! Korang yang sekarang ni tgh sibuk2 diet kan, nak makan buah, makan sayur, makan makanan berkhasiat, korang perasan tak sebenarnya makanan kita ada bahan-bahan yang berbahaya kepada tubuh badan. Korang tengok sendiri video ni yang di kongsi oleh somebody kalau tak silap saya Coach Tengku Asmadi (Coach kesihatan). Kotor weh sayur2 yang kita makan tu. Rupanya ada bahan wax yang disalutkan pada sayur/ buah-buahan kita tu. Patutla tahan lama...Kalau tak basuh bersih, benda tu la yang masuk dalam tubuh badan kita.. Macam-macam penyakit lain pula yang datang. Saya dah try. Harga barang-barang Atomy semua murah-murah je. Ini harganya utk 1 liter Dish Detergent. Pakai sikit je. 4 bulan belum tentu habis pakai. Korang nak mop lantai, cuci kereta, sental bilik air, sental dinding pun boleh pakai Dish Detergent tau. Multifunction. Nak beli dengan saya tak

CAHAYA MATA MAMA

Imej
Cahaya mata mama   Sayang, Hadirmu memberi sinar baharu dalam hidup mama, Masih mama ingat lagi raut wajahmu yang kemerahan sewaktu pertama kali kau menjengah dunia, Tangismu, tangisku, tangis papamu, Kami amat mensyukuri kehadiranmu.   Sayang, Kau membesar sebagai anak yang cantik, Kau petah dan pandai bercakap, Kau anak yang cerdik, Mama bangga melahirkanmu.   Sayang, Makin kau membesar, Makin kerap mama memarahimu, Ada sahaja salahmu di mata mama, Mama minta maaf sayang, Marahku untuk kau membesar menjadi anak dan insan yang berguna, Mama ingin hidupmu berjaya, Mama ingin kau berakhlak mulia, Mama ingin segala-galanya untukmu sempurna.   Sayang, Maafkan mama jika kau terasa di atas segala ketegasan mama, Jauh di sudut hati mama seluruh kasih dan sayang mama adalah untukmu, Mama sanggup curahkan segalanya untukmu.   Sayang, Kau anak mama, Kau anak kesayangan mama, Kau harapan mama dunia dan akhirat, Mama se

SAYANG KU FIRAS ZAFRAN

Imej
Sayangku Firas Zafran Seronoknya melihat  kau membesar menjadi anak yang bijak Gembiranya melihat kau melafazkan perkataan "mama" Bahagianya bila kau memerlukan mama setiap masamu Sayangku Firas Zafran Kau anak mama yang kacak, bulat dan manja Kakak Aina kata, kau mengada-ngada Kakak Aina kata, " Kakak sayang adik, mama dan papa" Mama sayang kakak juga Sayangku Firas Zafran Kau harapan mama menjaga keluarga kita Kau harapan mama menjaga kakak Aina Selalu mama pesan agar kau menjadi pelindung keluarga kita Banyak anasir di luar tu sayang Banyak dugaan yang telah dan akan kita tempuh Kita sama-sama tempuhinya ye sayang-sayang mama Sayangku Firas Zafran Jadi anak mama yang berguna ye sayang Jadi anak mama yang berjaya di dunia dan akhirat ye sayang Mama sayang Aina, Firas dan papa selamanya

Second will coming soon

Imej
Assalammualaikum, Bulan November lepas terlalu banyak dugaan yang melanda. Dari awal bulan Nov hingga hujung bulan Nov dugaan tak henti-henti. Allah Maha Mengetahui segala apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Itu janji Allah. Dan Allah tidak akan membebankan Makhluknya sesuai dengan tahap yang mampu di harunginya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami sekeluarga dapat mengharungi dugaan yang maha hebat itu. Alhamdulillah sinar mentari telah pun menyinari kembali hubungan kami sekeluarga. Aina adalah sinar itu. SInar yang sentiasa membuatkan kami berfikir banyak kali apabila berlaku perselisihan yang melibatkan apa jua perkara. Alhamdulillah juga hari ini genap 6 bulan kandungan ku yang kedua. Aina bakal dapat adik tak lama lagi. Suka sangat dia nak dapat adik. Kadang-kadang dia cium perut aku. dia selalu kata " Kena sayang adik, main sama-sama, jangan pukul adik"... Terharunya bila anak sekecil itu dapat berkata-kata macam orang besar. Sayang sangat mama pa

Untuk Aina

Imej
Anakku.....   Bila mama boleh memilih   Apakah mama berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu..   MAKA MAMA AKAN MEMILIH MENGANDUNGMU..   Kerana dalam mengandungmu mama merasakan keajaiban dan kebesaran Tuhan...   Sembilan bulan nak...engkau hidup diperut mama...   Engkau ikut kemanapun mama pergi...   Engkau ikut merasakan ketika jantung mama berdegup kerana kebahagiaan...   Engkau menendang rahim mama ketika engkau merasa tidak nyaman,kerana mama kecewa dan mengurai air mata...   Anakku.... Bila mama harus memilih apakah mama harus operasi caesar,atau mama harus berjuang melahirkanmu   MAKA MAMA MEMILIH MELAHIRKANMU... Kerana menunggu dari jam ke jam...,minit ke minit kelahiranmu.......   Adalah seperti menunggu antara memasuki salah satu pintu surga   Kerana kedasyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat mama rasakan...   Dan saat itulah kebesaran Tuhan menyelimuti kita berdua....

NUR AINA IWANI

Imej
Anak ooo anak. Post kali ni nak cerita pasal anak. Aina, masih baby tapi kadang-kadang mengaku macam dah besar sgt. Hehe…geram dengan aina. Suka sgt bila time dia nak menyusu. Kepala siap senget2 lagi nak susu kite. Sampai papa dia pun menyampah tgk aksi aina masa nak susu. Aina aina. Mama sayang aina sgt. Semalam kononnya nak jalan2 window shopping. Last2 masuk kedai emas, tgk2 gelang tangan untuk aina. Try pakaikan dia macam comel gile tgn dia. Last2 g keluarkan duit terus beli gelang utk aina. Bile aina pakai asik a dia nak goyang2 kan tangan dia yang ada gelang tu. Siap ada love n loceng lg. lagipun emas tgh jatuh skrg ni. Lebih baik melaburkan duit beli emas kan? aina mama kalau keluar tak pernah takde orang yang akan tegur dia. ada je yang akan tegur. mata bulat la, pipi tembam la. comel la. hehe. bile tiem keje asik je rindu kt aina. rasa nak cepat je nak balik rumah. penantian 2 tahun kan...mungkin tu juga sebab kite rasa sayang sangat pada dia.

KISAH BABY COMEL ;)

Assalamualaikum semua. Lama sungguh tak berborak dalam ini blog. Hari Alhamdulillah aku dah masuk 30 minggu. Means 7 bulan setengah ada baby yang comel dalam perut ni. Makin lama makin besar. Sekarang ni dah rasa macam mengah sangat perut. Kadang2 tu rasa macam senak pun ada. Bila ingat2 balik masa first time tahu pregnant, sedih lak rasa nya. Lepas cek upt sorg2, tiba2 muncul 2 line. Alhamdulillah positif. Hanya Tuhan je yang tau perasaan time tu. Menangis dan terus sujud. Syukur sangat penantian yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Setelah hampir 2 tahun menunggu kehadiran buah hati yang sorang ni, last2 dapat gak rezeki ni. Terus telefon hubby yang time tu tengah keje. Mungkin dia pun terperanjat, tapi dia cakap, “ Tunggu bee balik malam ni ye sayang. Kita cek lagi skali ye malam ni”. Masa tu mata dah bengkak2 dah nangis sebab tak sangka sangat. Esok tu bagitau kat kak long, berair gak la mata dia bila dengar adik dia ni bakal jadi mama. “Anak mama sayang, semua orang suka

MASUK KATEGORI APA?

Imej
Haritu beberapa org staf satu kolej duduk semeja makan tengahari. Wah, tak ingat, makan bukan main lama lagi. Bukan apa, makannya sekejap je, yang lama beborak yng bukan2 je. Lagha ni. tengahari tu kami beborak berkisarkan tentang kategori org kat sini. Antaranya: 1. Siapa yang paling cantik? 2. Siapa yang paling sempoi? 3. Siapa yang paling vogue? 4. Siapa yang paling tersusun tutur kata? 5. SIapa yang paling over manja dengan suami bila ckp dalam tepon? (boleh gitu?) 6. Siapa yang paling jiwang, tunjuk gmbar kawin kat atas meja? DLL... terlalu banyak kategori sampai tak tertulis dlm blog ni. tapi yang no 4 dan 6 tu pemenang nye adalah ;) meh sini aku tunjukkan bukti yg no 6 tu ye. gambar ni ada atas meja aku. Yela, baru la bersemangat sikit tgk muka suami bila buat keje. hilang sekelumit rasa rindu.

SEMALAM, KES CAMPAK BAYI...GILA

5 Oktober 2011 : Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. Ada bayi nak dibuang. Bukan kes buang lagi ni, di campaknye dari tingkat 2 rumah pangsa.. Sungguh tak berhati perut seorang wanita merangkap ibu kepada bayi tersebut. Dicampaknye sampai baby tu jatuh ke dalam longkang. Sayu hati tengok baby tu ada dalam longkang, dah jadi mayat. Baby tu lak tak terus dialihkan dari longkang tu, tapi dibiarkan sehingga kes siatan polis selesai..kesiannye..Moga baby tu menjadi bidadari syurga.. kalau anda nak tengok real gambar baby tu, boleh ke harian metro online. Kat situ ada disiarkan berita berbentuk video keadaan baby tersebut. Sungguh menyayat hati. Tu la, orang yang tak nak anak senang-senang je dapat anak lepas tu buang. Ni tengok ni, orang yang teringin sangat nak anak, susah lak dapat anak..Baru aku tau rupanya bukan senang nak buat anak..Lagi lambat kita dapat zuriat tu, insyallah lebih besar kasih sayang kita padanya..Semoga yang susah dapat baby dipermudahkan olehNya dan disegerakan ke

SALAM RAMADHAN

Imej
Salam ramadhan semua. Harap tak terlambat wish. Ya Allah terlalu lama rupanya aku tak menghapdet blog ni. Nak kata tak ada masa tak juga. Cuma mungkin belum ada idea nak tulis apa kot. Walau bagaimana pun (ceh, mcm ayat dalam karangan BM lak), aku rasa belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan iaitu bulan yang mulia. Bulan di mana kita harus bermaaf-maafan sesama kita. Bulan ini juga kita harus memaafkan kesalahan orang lain supaya hati kita bersih dan mudah menjalankan ibadah puasa. Biasanya kan time hari raya je kita mintak maaf kan? Kan? So aku dengan rasminya meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan tersinggung perasaan sesiapa dari awal blog ini ditubuhkan. Mintak maaf ye pembaca semua. Semoga kita lebih bahagia dan ceria. ;) Bulan ini juga kerajaan bagi bonus kepada semua kakitangan kerajaan. Wah syok nye dapat gaji lebih. Walaupun hanya separuh gaji, tapi berbaloi sangat2 dari takde. Duit tunggakkan pun insyallah masuk bulan ni gak. Mata dah