CAHAYA MATA MAMA
Cahaya mata mama
Sayang,
Hadirmu
memberi sinar baharu dalam hidup mama,
Masih
mama ingat lagi raut wajahmu yang kemerahan sewaktu pertama kali kau menjengah
dunia,
Tangismu,
tangisku, tangis papamu,
Kami
amat mensyukuri kehadiranmu.
Sayang,
Kau
membesar sebagai anak yang cantik,
Kau
petah dan pandai bercakap,
Kau
anak yang cerdik,
Mama
bangga melahirkanmu.
Sayang,
Makin
kau membesar,
Makin
kerap mama memarahimu,
Ada
sahaja salahmu di mata mama,
Mama
minta maaf sayang,
Marahku
untuk kau membesar menjadi anak dan insan yang berguna,
Mama
ingin hidupmu berjaya,
Mama
ingin kau berakhlak mulia,
Mama
ingin segala-galanya untukmu sempurna.
Sayang,
Maafkan
mama jika kau terasa di atas segala ketegasan mama,
Jauh
di sudut hati mama seluruh kasih dan sayang mama adalah untukmu,
Mama
sanggup curahkan segalanya untukmu.
Sayang,
Kau
anak mama,
Kau
anak kesayangan mama,
Kau
harapan mama dunia dan akhirat,
Mama
sentiasa berdoa agar dirimu berjaya,
Kau
Nur Aina Iwani….
Cahaya
mata mama.
Ulasan
Catat Ulasan
hi..hantar la kumen..jgn malu2 k.. :-) i won't bite