KEK TRIO MARBLE RESEPI DARI MAT GEBU
Semalam aku duduk sorang2 kat rumah. Hubby keje malam. Biasa la kalau dia keje malam kerja aku kat rumah tengok tv, basuh baju, berehat dll. Peluang untuk berehat bila dia kerja malam. Tapi tak syok gak duk sorang2 kat rumah. Teringat masa kat Mentakab. Menyewa rumah sorang2, tengok dinding, tengok tv yang hampir tak nampak muka pelakonnya. hehe..boleh la dari tak ada tv.
So malam ni dengan rasa ringan tulangnya aku bercadang untuk try buat kek marble resepi dari Mat Gebu. Alaa..Blogger masakan yang paling Famous tu. Yes i like all Mat Gebu Resepi. tapi baru sekali ni je nak mencuba. Sebelum ni menyalin je resepinya, tapi blm berkesempatan nak buat.
Aku try buat kek ni sebab minggu ni hari Ahad adik Hubby bakal melangsungkan perkahwinan dengan insan tercinta. Ibu mertuaku minta aku tolong buatkan kek untuk hidangan tetamu. so ni sebagai percubaan pertama la..aku takut tak jadi je kek tu. Tu yang aku fikir better try buat dulu. Dari jam 8 malam - 8.46 malam aku buat kek. Bila dah siap and dah letak dalam acuannya aku rasa agak teruja. hehe...tak sangka berseni gak tangan ni buat marble cake. Rasa memang superb. Thanks pada Mat Gebu sebab tak kedekut bagi pelbagai resepi kat pembaca2 nya..Tapi aku masih konfius, adakah Mat Gebu seorang lelaki atau perempuan...???
Ulasan
Catat Ulasan
hi..hantar la kumen..jgn malu2 k.. :-) i won't bite