AL-RIH AL-AHMAR
al-rih al-ahmar , atau nama melayunya ANGIN AHMAR. Baba aku adalah antara mereka yang terkena penyakit ini. ia juga lebih dikenali sebagai ‘strok’ merupakan penyakit pembunuh nombor tiga di dunia selepas kanser dan jantung. Setiap orang sama ada yang sudah berumur atau yang masih muda berisiko mendapat penyakit ini terutama bagi mereka yang gemar mengambil makanan berlemak dan narkotik (menghisap rokok). Baba dah 14 tahun mengidap penyakit ni. kesian baba. sekarang ni aku tengok baba makin lemah. semakin susah nak melangkah, semakin berat kaki nak diangkat. dari zaman Nabi Sulaiman a.s. telah ada penyakit ni. dia menjelma sebagai mahkluk (yang berupa manusia) yang besar panjang badannya lagi hebat dan dahsyat rupanya dengan keluar api bernyala-nyala daripadanya. dia memperkenalkan dirinya sebagai AL-RIH AL-AHMAR. “Aku bernama al-rih al-ahmar iaitu satu penyakit yang amat dahsyat di antara penyakit-penyakit. ALLAH S.W.T. menjadikan aku sebegini rupa dan diberi-Nya aku kuasa mendatangkan...