TEKANAN DI TEMPAT KERJA


pagi td masa sarapan, aku tgk tv jap. MHI menyiarkan tentang berita2 dalam akhbar hari ni. ada satu artikel tu membincangkan tentang tekanan di tempat kerja. so bagi aku memang sgt kena la dgn diri aku skrg ni. hehe..tertekan..tp kena maintain mcm tak tertekan..takpe2..

so aku search la tentang tekanan di tempat kerja. artikel ni aku amik dari sebuah website http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/tekanan_mental.htm

rajin2 kan la membaca yang kat bawah ni ye..walaupun panjang tp byk info..


TEKANAN KERJA
Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.


Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.


PUNCA-PUNCA TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA


Jenis Pekerjaan
Suasan tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.


Peranan dan Fungsi Pekerjaan
Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya

Perhubungan
Konflik sesama rakan sekerja dan majikan

Kerjaya
Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

Perubahan Dalam Organisasi
Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja


7 LANGKAH MENANGANI TEKANAN MENTAL
Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
Bersikap positif semasa melakukan anda
Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
Merasa seronok bekerja
Rancang Kerja Anda
Kendali masa anda dengan bijak
Beri keutamaan pada kerja yang penting
Jangan bertangguh
Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah -( aku bwk blk tugasan student kat umah, tp langsung tak tanda pun, harammm..huhu..masalahnye, aku lupa nak bwk skali pen merah..so tak jadi tanda..
Mengagihkan kerja dengan baik
Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik
Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya
Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
Ambil tindakan secara wajar
Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja
Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
Rancang perubahan secara teratur
Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
Hormati pandangan rakan sekerja anda
Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja
Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah
Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah
Amalkan cara Hidup Sihat
Luangkan masa untuk beribadah
Dapatkan tidur yang mencukupi
Bersenam selalu
Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah
Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama



ANDA MANGSA TEKANAN MENTAL ?
Tanda-tanda tekanan mental
Bersikap ganas (Panas Baran)
Gelisah
Gangguan selera makan
Gangguan tidur
Hilang - tumpuan, motivasi
Kemurungan
Kerisauan yang berlebihan
Kelesuan
Mabuk arak
Mudah meradang
Perasaan bersalah

Ulasan

  1. Assalamualaikum,

    Artikel yang menarik saudar/i :

    Tekanan di tempat kerja boleh menjadikan kita produktif atau sebaliknya.Maka kita perlulah bijak melatih diri agar tidak terpengaruh dengan pesekitaran tempat kerja yang menekan.Oleh itu di blog http://www.mohdfadhil.com anda dapat membaca kisah yang boleh dijadikan contoh dalam menghadapi situasi tekanan di tempat kerja.

    -Terima Kasih-

    BalasPadam

Catat Ulasan

hi..hantar la kumen..jgn malu2 k.. :-) i won't bite

Catatan popular daripada blog ini

KEK BATIK...hmmm..yummy

student bergaduh??

RAMADHAN DATANG LAGI