CAHAYA MATA MAMA
Cahaya mata mama Sayang, Hadirmu memberi sinar baharu dalam hidup mama, Masih mama ingat lagi raut wajahmu yang kemerahan sewaktu pertama kali kau menjengah dunia, Tangismu, tangisku, tangis papamu, Kami amat mensyukuri kehadiranmu. Sayang, Kau membesar sebagai anak yang cantik, Kau petah dan pandai bercakap, Kau anak yang cerdik, Mama bangga melahirkanmu. Sayang, Makin kau membesar, Makin kerap mama memarahimu, Ada sahaja salahmu di mata mama, Mama minta maaf sayang, Marahku untuk kau membesar menjadi anak dan insan yang berguna, Mama ingin hidupmu berjaya, Mama ingin kau berakhlak mulia, Mama ingin segala-galanya untukmu sempurna. Sayang, Maafkan mama jika kau terasa di atas segala ketegasan mama, Jauh di sudut hati mama seluruh kasih dan sayang mama adalah untukmu, Mama sanggup curahkan segalanya untukmu. Sayang, Kau anak mama, Kau anak kesayangan mama, Kau harapan mama duni...