Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

ANDA FOKUS?

Imej
Akal kita bagaikan magnet. Ia akan menarik apa yang kita inginkan. Jika kita inginkan kejayaan, maka kejayaanlah yang akan datang. Jika kita inginkan kegagalan, hutang, masalah, maka itu lah yang akan datang kepada kita kerana minda kita seperti magnet. Jika kita fokus dengan apa yang kita inginkan, kita akan dapat insyallah. Jika yang Islam fokus lah apa yang kita inginkan beserta selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 3 kali. Dan jika apa yang anda inginkan itu berjaya, jangan lupa menyebut Alhamdulillah, kerana Allah yang menentukan segala-galanya dan Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Buat pasukan KOMPANG MERLIMAU PASIR, tahniah atas kejayaan kita semalam. Berjaya menggondol tempat pertama dalam pertandingan kompang di Merlimau menewaskan 3 pasukan kompang yang lain. Leader: Abang tak nak banyak, abang nak kita dapat no 1 je. Boleh tak?! Pasukan : Boleh!!!! Leader : Kita bukan nak kan hadiah. Tapi kita nak menang! Pasukan : Yehh!!!

KOLEJ KOMUNITI SELANDAR...

here i come..akhirnya berjaya juga menerobos masuk ke KK di Melaka. ALhamdulillah Allah memakbulkan doa kami suami isteri supaya aku berada dekat dengan dia. Syukur sangat2. Muka ni asyik senyum je memanjang. walaupun KK selandar Agak jauh sedikit dari tempat kerja hubby, tapi itu lebih baik daripada aku duduk kat pahang. 3 jam perjalanan, pergi balik 6 jam. sekurang-kurangnya 1 jam itu tak la lama kalau nak dibandingkan dengan sekarang. Insyallah mampu lagi hubby untuk berulang hari2. sekarang aku sedang menempuh hari2 terakhir di KK Temerloh. sedih lak rasanya nak tinggalkan KK yang banyak beri aku pengalaman dan menjadi lebih matang dalam pengajaran. Teringat lagi dulu berdebar2 waktu minggu2 pertama nak masuk mengajar. rasa cetek sangat ilmu nak beri pada student. Alhamdulillah setelah bersemester di sini, ilmu semakin kukuh di dada, dah tak berdebar macam awal2 dulu. ingat senang ke nak berdiri di hadapan khalayak ramai? tapi alah bisa tegal biasa. ;) mungkin berkat usaha dan kesu